Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cam.pa/] | ترچامڤق

Definisi : 1. terlempar, terpelanting: ia pun ~ di atas tanah; 2. sampai ke tempat yg jauh (terasing), terbuang: mereka sekarang ~ ke sebuah pulau yg kecil dan terpencil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.cam.pa/] | ترچامڤق

Definisi : jatuh dgn agak kuat; terpelanting: Ketika melalui jalan yg berlekuk-lekuk dan berliku-liku, dia nyaris-nyaris ~ keluar dr lori tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercampak

Puisi
 

Ambil sebatang membuat galah,
     Galah tercampak di tengah laman;
Kenapa duduk sebatang karah,
     Kerana abang tak mencari teman.


Lihat selanjutnya...(11)
Peribahasa

Di mana lalang habis,
     di situ api padam.

Bermaksud :

Di mana mati di situlah dikuburkan. (Peribahasa lain yang sama makna: Di mana api padam, di situlah [= di sanalah] puntung tercampak; di mana periuk pecah, di situlah tembikar tinggal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
eruptive prominencesemarak letusanMatematikTiadaSemarak matahari yang tercampak keluar daripada bahan aktif di sebelah atas kromosfera dan mencapai altitud yang tinggi dengan halaju yang tinggi.
catastrophic theoriesteori malapetakaMatematikTiadaTeori yang menyatakan bahawa planet terbentuk daripada bahan yang tercampak keluar daripada matahari atau bintang semasa bertembung dengan objek lain.
encounter theoryteori pertemuanMatematikTiadaTeori pertemuan: Teori yang menyatakan bahawa planet terbentuk daripada bahan yang tercampak keluar daripada matahari atau bintang semasa bertembung dengan objek lain.

Kembali ke atas