Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ca.tat] | ترچاتت

Definisi : sudah dicatat (tertulis, termaktub): orang Yahudi sedia mengetahui dari hal itu sebagaimana yg ~ dlm kitab mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ca.tat] | ترچاتت

Definisi : telah ditulis (utk peringatan dll): Hal itu ~ dlm lembaran sejarah tanah air. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercatat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? Buku itu telah saya hantar ke pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.Jawapan:
Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut.
Lain-lain08.10.2014
saya ingin mendapatkan panduan dari pihak tuan. Yang mana satu adalah benar? 1)catat atau catit? 2)....sepertimana yang tercatat ...atau .....sepertimana yang tercatit...?Ejaan yang betul ialah catat dan tercatat.Ejaan10.11.2011
Buku itu telah saya hantar kepada pengirimnya semalam mengikut alamat yang tercatat pada bungkusan buku tersebut. ( munsyi, apakah kesalahan pada ayat ini? sila tunjuk ajar. terima kasih_Tiada kesalahan dalam ayat tersebut.Tatabahasa14.01.2014
Tuan, boleh tolong jelaskan apa maksud perkataan "buan" seperti mana yang tercatat dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun 3(tajuk: keluarga kita)! Jasa tuan diucapkan ribuan terima kasih terlebih dahulu. Sekian, terima kasih ! LimBuan ialah sejenis pokok yang daunnya digunakan oleh masyarakat untuk membungkus makanan seperti untuk memasak ikan keli bakar. Kebiasaanya            digunakan oleh masyarakat Bidayuh di Sarawak.
Buan juga merupakan bakul sikit daripada rotan.

Buanjuga 
Tatabahasa10.01.2013
Saya pernah terbaca iklan yang menggunakan ungkapan rumah berbandung. Ungkapan ini belum tercatat dalam Kamus Dewan. Adakah ungkapan ini sesuai digunakan?Frasa Rumah Berbandung tiada di dalam Kamus Dewan tetapi frasa yang tepat ialah Rumah Sebandung, iaitu dua buah rumah yang dijadikan (bercantum menjadi) satu.Tatabahasa10.01.2013
Selamat pagi, Saya ingin memastikan sama ada perkataan "berenda" adalah perkataan formal yang tercatat dalam Kamus Edisi Keempat? Perkataan tersebut hanya wujud dalam lajur "takrif" tetapi tidak dinyatakan dalam lajur "kata". Sekian terima kasih.Perkataan berenda merupakan kata terbitan apabila menerima imbuhan be-.Kata akar perkataan berenda ialah renda. Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, renda bermaksud sejenis kerawang yang biasa dipasang di tepi baju.Tatabahasa02.10.2013
Pada masa ini = Kini. Akan tetapi, dalam buku Tatabahasa Dewan halaman 258, ada tercatat Pada masa kini... Yang manakah frasa yang betul?Kedua-duanya betul.Tatabahasa31.05.2010
Bolehkah saya tahu maksud bagi perkataan damit? berikutan adalah puisi petikan akhbar Berita Harian yang tercatat perkataan damit Wahai muda nasihat hal damit menerimanya terlalu sulit bagi amarah terasa pahit kalbi dikerah nafsu nan sakit Berita harian, 22 Mac 2019Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, damit bermaksud (bukan saiz atau ukuran) kecil. Makna23.07.2021
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ejaan manakah yang betul, Perancis atau Peranchis? Kedua-dua ejaan ini ada tercatat dalam data DBP. Terima kasih.Ejaan yang betul ialah Perancis.Ejaan27.05.2014
1) Istilah kata majmuk berpasangan 'suri rumah ( housewife ) bukankah tanpa tangga ? Mengapakah Kamus Dewan Edisi 4 masih mencatatkan 'suri rumah ( tangga )' Apakah penjelasan tentang tangga dalam kurungan ini ? 2) Istilah 'mertua' ( Bahasa Jawa ) yang salah juga tercatat dalam Kamus yang sama . Adakah kata ini diterima selain 'mentua'?

1. Fungsi (tangga) dalam perkataan suri rumah (tangga) seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat merupakan pilihan. Pengguna diberi pilihan untuk menggunakan suri rumah sahaja ataupun suri rumah tangga.  Kedua-duanya betul.

 2. Istilah mertua berasal dari Jakarta, tidak digunakan di Malaysia. Yang diterima pakai di negara kita ialah mentua.  

Istilah08.02.2010
12345

Kembali ke atas