Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ce.mar] | ترچمر

Definisi : dicemar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ce.mar] | ترچمر

Definisi : menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercemar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Manakah di antara dua ayat ini betul? (1) Didapati sampel adalah tercemar. (2) Sampel didapati tercemar.Ayat yang lebih tepat ialah ayat kedua: Sampel didapati tercemar.Tatabahasa19.04.2016
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. Tatabahasa02.01.2011
Salam sejahtera. Saya ingin mempasifkan ayat : 1. Asap kenderaan mencemari udara kita. Bolehkah ayat pasifnya dalam bentuk: 1a. Udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Menurut data kami, ayat pasif yang betul ialah udara kita tercemar oleh asap kenderaan.Tatabahasa17.04.2020
saya nak tanya tentang 'sebagai akibat' atau 'sebagai akibatnya',yang mana betul? 'Sebagai akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.',ayat ini betulkah?Yang betul ialah akibat atau akibatnya - Akibat/Akibatnya, imej seseorang remaja akan tercemar.Tatabahasa16.06.2010
salam sejahtera, Encik, Adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Sesiapa yang makan makanan yang telah tercemar kepada bakteria akan menunjukkan gajala-gejala keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah. Sekian terima kasih.Ayat ini diperbetul menjadi -  Sesiapa yang makan makanan tercemar berkemungkinan akan mengalami keracunan makanan seperti cirit-birit dan muntah-muntah.Tatabahasa09.07.2008
Darjat masyarakat di kampung itu telah tercemar. munsyi, mengapakah darjat tidak sesuai digunakan dalam ayat ini? TKDarjat bermaksud taraf dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa15.05.2012
Salam, apakah maksud kumbahan? Contoh ayat yang menggunakan perkataan 'kumbahan', iaitu: 1. Banyak sungai di negara kita tercemar disebabkan kegiatan pembuangan sampah sarap, sisa toksik dan kumbahan manusia ke dalam sungai. Jadi, apakah maksud kumbahan di situ?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tiada maksud yang jelas untuk kumbahan. Tetapi, air kumbahan dimaksudkan sebagai air yang telah digunakan untuk membasuh. Adakah tepat maksud itu berdasarkan contoh ayat yang saya berikan tadi? Menurut pendapat saya, kumbahan dalam ayat bermaksud 'bahan buangan manusia seperti najis dan sebagainya'. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan, kumbah sama dengan mengumbah iaitu membersihkan dengan air, membasuh: ~ pinggan mangkuk; 2. ki men­caci (orang), mengatakan keburukan orang; kumbahan; air ~ air yang telah digunakan untuk membasuh. Menurut maksud tersebut, kumbahan bukan bermaksud bahan buangan manusia seperti najis.Tatabahasa02.07.2013
1)apakah punca-punca pencemaran bahsa melayu? 2)apakah langkah-langkah mengatasi pencemaran bahasa melayu?Bahasa Melayu tercemar kerana penggunanya tidak berpegang pada tatabahasa, ejaan, tanda baca, istilah, dan sebagainya termasuk sebutan yang diamalkan oleh penuturnya. Kini telah wujud bahasa rojak dan bahasa SMS yang sama sekali tidak bertepatan dengan struktur bahasa Melayu yang baku. Langkah bagi mengatasi masalah ini ialah pengguna hendaklah menguasai kemahiran dan pengetahuan bahasa Melayu dan menggunakanya secara betul sama ada dalam liusan atau tulisan.Makna25.07.2006
Bagi istilah “offensive odour and taste” dalam teks yang yang telah kami semak, kami telah memadankannya dengan “bau yang busuk dan rasa yang tidak sedap”. Walau bagaimanapun, terdapat juga perkataan “objectionable taste and odour” dalam ayat teks yang sama seperti di bawah ini. Apakah padanan yang sesuai bagi “objectionable taste and odour” ini? Standard for wholesome water or steam 394. (1) Water shall be clean and free from contamination, objectionable taste and odour, and shall comply with the standard as prescribed in the Twenty-fifth A Schedule. Standard bagi air yang selamat diminum atau stim 394. (1) Air hendaklah bersih dan tidak tercemar, tidak mempunyai rasa yang tidak disukai dan tidak berbau busuk, dan hendaklah mematuhi standard sebagaimana ditetapkan dalam Jadual Kedua Puluh Lima A.Cadangan padanan yang sesuai berdasarkan ayat dalam teks yang diberikan ialah rasa dan bau yang tidak menyenangkan.Makna27.07.2021
Dalam peruntukan di bawah ini perkataan “contaminate” dan “taint” dipadankan dengan “mencemari” dan “merosakkan” masing-masing. Kami bercadang untuk menukar padanan tersebut kepada “mengkontaminasikan” dan “mencemarkan”. Adakah cadangan padanan ini bersesuaian? “36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Mengikut Daftar Istiah Bahasa Melayu, padanan "contamine" dalam bahasa Melayu ialah "pengkontaminasi" yang bermaksud menjadikan sesuatu tidak selamat digunakan kerana dicemar oleh bahan yang membahayakan, manakala perkataan "taint" pula membawa maksud "cemar", "dicemari", "tercemar" dan "kotoran".

Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan ayat yang sesuai ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”.

Istilah28.05.2021
12

Kembali ke atas