Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ce.mar] | ترچمر

Definisi : dicemar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ce.mar] | ترچمر

Definisi : menjadi cemar: Namanya ~ oleh kelakuannya yg tidak senonoh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercemar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
OXFORDSHIRE

Oxfordshire ialah sebuah kaunti pertanian di

selatan tengah England dengan pemandangan

alam yang tidak tercemar, kampung-kampung yang

cantik, dan rumah-rumah bersejarah yang menarik

ramai pelancong. Ia terkenal kerana Oxford, iaitu

pusat pentadbirannya, mempunyai salah sebuah

universiti yang tertua dan terhebat di dunia. Sungai

Thames mengalir ke arah timur melalui kaunti ini.

Untuk lokasi Oxfordshire, lihat England (peta

politik)

UMUM 
SALMONELOSIS

Salmonelosis ialah jenis keracunan makanan

yang umum dan biasanya dikenali sebagai

salmonela kerana ia berpunca daripada jangkitan

beberapa jenis bakteria Salmonella . Manusia

mendapat salmonelosis daripada makanan atau air

yang tercemar dengan bakteria ini. Ayam, itik, susu,

telur dan keluaran yang dibuat daripada telur adalah

makanan yang sering kali membawa bakteria

tersebut. Terdapat juga bakteria Salmonela jenis lain

yang menyebabkan beberapa penyakit berjangkit

yang lain. Misalnya, bakteria Salmonella typhi

menyebabkan demam tifoid (lihat Demam tifoid ).

UMUM 
LIBEL

Libel ialah kenyataan bertulis, bercetak

atau kenyataan lain dalam bentuk kekal yang

merosakkan nama baik seseorang. Gambar,

tanda dan maklumat yang disiarkan di radio

atau televisyen mungkin mengandungi libel.

Slander sama seperti libel. Walau bagaimanapun,

slander melibatkan kata-kata yang diucapkan

atau kenyataan yang dilafazkan yang merosakkan

nama baik seseorang. Di negara-negara yang

membenarkan kes-kes slander, mangsa slander

mesti dapat membuktikan bahawa nama baiknya

benar-benar tercemar. Dalam tindakan libel, bukti

bahawa nama baik seseorang itu telah tercemar

tidak diperlukan. Libel dan slander merupakan

bentuk fitnah . Biasanya individu menjadi sasaran

libel, tetapi syarikat atau perbadanan mungkin

membuat dakwaan kerana menyebabkan nama

syarikat atau perbadanannya terjejas.

UMUM 
MIKOTOKSIN

Mikotoksin adalah mana-mana satu daripada

bahan kimia beracun yang dihasilkan oleh kulat-kulat.

Mikotoksin terbentuk pada tanaman makanan

berkulapuk dan tumbuhan lain, walaupun bukan

semua kulapuk menghasilkan mikotoksin. Tanaman

yang paling sering dijangkiti oleh mikotoksin

termasuk jagung, padi, gandum dan kacang tanah.

Makanan atau makanan haiwan ternakan yang dibuat

daripada tanaman yang tercemar boleh meracuni

manusia dan haiwan. Daging dan keluaran susu

daripada haiwan yang telah memakan bijian yang

dijangkiti juga boleh memudaratkan manusia. Agensi

kerajaan di banyak negara memeriksa paras

mikotoksin dalam makanan dan makanan haiwan

ternakan.

UMUM 
PSITAKOSIS

Psitakosis ialah penyakit berjangkit yang dibawa

oleh beberapa jenis burung. Ia juga dikenali

sebagai demam burung kakaktua atau ornitosis .

Psitakosis biasanya berlaku dalam kumpulan

burung kakaktua, namun begitu ia juga terdapat

pada burung merpati dan ayam itik. Manusia boleh

dijangkiti penyakit ini dengan menyentuh burung

yang sakit ataupun alat-alat yang tercemar dengan

penyakit ini.

UMUM 
KUMBANG

Kumbang ialah satu daripada serangga yang

paling biasa. Terdapat kira-kira 300 000 spesies

(jenis) kumbang. Ia hidup di mana sahaja di bumi

kecuali di lautan. Kumbang didapati di hutan hujan

dan di gurun. Ia tinggal di kawasan sejuk membeku

dan di mata air panas. Kumbang tinggal di tasik

gunung, malah boleh hidup dalam pembetung

yang tercemar.

UMUM 
OCHO RIOS

Ocho Rios ialah tempat peranginan di Jamaica

yang mempunyai keindahan alam semula jadi. Ia

terletak kira-kira 100 kilometer ke timur Teluk

Montego. Ia merupakan teluk yang terlindung

yang dikelilingi oleh dusun kelapa dan tebu serta

kebun buah-buahan. Ocho Rios merupakan tarikan

pelancong dengan pantai, pasar, kedai, restoran,

hotel, dan kemudahan rekreasi lain yang

dimilikinya yang dapat dibanggakan. Kawasan

yang menarik yang terletak berdekatan dengannya

termasuk Galur Fern, iaitu kawasan tumbuh-

tumbuhan tropika yang tidak tercemar; Air Terjun

Sungai Roaring, yang sebahagiannya digunakan

bagi tenaga hidroelektrik; dan Air Terjun Sungai

Dunn.

UMUM 

Kembali ke atas