Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.cen.cang] | ترچنچڠ

Definisi : tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tercencang


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tercencangtertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah;Kamus Dewan Edisi Keempat
puar; ~ birah sj tumbuhan (rizom), halia hutan (hantu, kera), lidah hantu, Globba panicoides; ~ gajah (hijau, hutan) sj tumbuhan (rizom), tepus merah, Amomum uliginosum; ~ hudang (gajah, halia, rimba) sj tumbuhan (rizom), Globba malaccensis; ~ kampung sj tumbuhan (rizom), Elettariopsis pubescens; ~ mengkang (mengkanang) sj tumbuhan (rizom), tepus kijai, Languas (Alpinia) rafflesiana; ~ minyak sj tumbuhan (rizom), temu, Languas (Alpinia) connifolia; ~ putih sj tumbuhan (rizom), tepus (putih), pokok gingin, kantan hutan, Languas (Alpinia) javanica; ~ tadah embun sj tumbuhan (rizom), Amomum sqarrosum; tercencang ~ tergerak andilau prb Mn jika menyindir (memusuhi dll) orang, mungkin sanak saudara orang itu turut sakit hati; berpuar menghalau hantu (spt berpura-pura memukul sana sini) dgn menggunakan batang puar.Kamus Dewan Edisi Keempat
cencang Itetak kecil-kecil atau halus-halus (dgn parang, golok, dll); ~ dua segeragai prb dgn sekali lalu dua pekerjaan dibuat; bercencang sudah dicencang; mencencang 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; tercencang tertetak; ~ puar, tergerak andilan prb seorang dianiaya, semua kaumnya marah; cencangan sesuatu yg sudah dicencang; pencencang alat utk mencencang: ~ sayur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas