Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.daf.tar] | تردفتر

Definisi : sudah tercatat (tertulis) dlm daftar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.daf.tar] | تردفتر

Definisi : sudah (telah) didaftarkan atau ditulis dlm daftar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdaftar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa khabar, saya ingin bertanya tentang padanan istilah right-handedness iaitu 'penganan'. Padanan tersebut terdaftar dalam senarai Istilah Malaysia dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Adakah padanan ini tepat? Saya berasa aneh apabila merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Ke-4 di mana peganan diberi takrif berbagai-bagi jenis kuih dan kudap - kudapan. Harap diberi pencerahan. Terima kasih.Untuk makluman, pengangan yang membawa maksud berbagai-bagai jenis kuih dan kudap-kudapan merupakan kata umum, manakala penganan yang merujuk kepada right-handedness pula ialah istilah yang membawa maksud orang yang menggunakan tangan kanan.Istilah19.01.2018
saya tidak dapat log in. setelah mengisi maklumat emel, saya diberitau bahwa emel ini telah terdaftar namun untuk set semula, saya diminta ID staf yang saya tiada kerana saya bukan staf. harap maklum. bolehkah saya dibantu? terima kasihSila kemukakan soalan tuan dengan jelas.  Sekiranya untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal “Khidmat Pengesahan Bahasa DBP” melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila klik Daftar Akaun bagi pengguna yang kali pertama menggunakan perkhidmatan tersebut dan klik Daftar Iklan. Jika untuk mendapatkan maksud perkataan, tuan boleh memanfaatkan laman web kami www.prpm.dbp.gov.my.Lain-lain12.11.2020
Apakah penterjemahan untuk "Patented product. Counterfeiting suject to legal action." yang biasa kelihatan pada manual pengguna produk? Terima kasih

Terjemahan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah “Produk telah terpaten/terdaftar. Pemalsuan produk akan dikenakan tindakan undang-undang”.

Penyemakan dan penterjemahan14.05.2020

Kembali ke atas