Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.da.pat] | ترداڤت

Definisi : didapati ada; ada: Di belakang rumahnya, ~ juga pokok buah-buahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdapat

Peribahasa

Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang robek.

Bermaksud :

Pengetahuan (kepandaian) selalu juga terdapat dalam kalangan orang miskin dan hina.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Hal ini demikian kerana "banyak terdapat" ladang... banyak terdapat atau terdapat banyak? 2) Antaranya termasuklah... Gramatis? 3) Penglibatan atau pelibatan? Terima kasih.Menurut data kami, rangkai kata yang betul ialah "terdapat banyak ladang. Ejaan yang betul ialah penglibatan.Tatabahasa31.07.2020
Bolehkah "fighter" diterjemahkan sebagai petarung? Dalam tinju terdapat peninju. Dalam silat terdapat pesilat. Dalam gusti terdapat penggusti. Dalam pertarungan haruslah ada petarung, iaitu seseorang yang tidak tertumpu pada satu bentuk seni bela diri sahaja. Ahli bela diri pula tidak sesuai kerana mereka bukan membela diri tetapi bertarung.Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'fighter' ialah pejuang yang bermaksud orang yang berjuang untuk merebut, mencapai, mempertahankan sesuatu manakala merujuk istilah sasar bagi tarung pula ialah berkelahi, berlaga, berperang, bertempur, berbantah atau berdebat. Maka perkataan pejuang lebih sesuai digunakan bagi seseorang yang ingin merebut, mencapai atau mempertahankan sesuatu perkara atau benda.Makna01.12.2021
Terdapat frasa koktel bagi "cocktail" dalam bahasa inggeris. Adakah ianya moktel bagi "mocktail"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah mocktail secara umumnya ialah moktel. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah16.01.2024
Terdapat satu tempat di tepi landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang dinamakan sebagai "Anjung Spotter", iaitu sebuah anjung untuk melihat kapal terbang berlepas dan mendarat. "Spotter" tersebut sepatutnya apa di dalam bahasa Melayu? Adakah sepatutnya "Anjung Pengesan Kapal Terbang"?Padanan bahasa Melayu bagi istilah spotter ialah pengesan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah18.10.2022
Terdapat satu jenis topologi struktur kekisi yang bernama 'octet-truss'. Boleh saya tahu apa perkataan yang sesuai dalam bahasa melayu? Setakat ini saya guna oktet-trus. Terima kasihCadangan terjemahan bagi "octet-truss" ialah "Kekuda Oktet".Penyemakan dan penterjemahan25.02.2022
Terdapat kesalahan ejaan di situ. Sila rujuk gambar. Mohon tindakan segeraPihak kami ambil maklum berkenaan perkara ini dan akan mengambil tindakan yang selanjutnya. Terima kasih.Lain-lain03.11.2020
Terdapat sebuah acara paralimpik yang dipanggil "shot put seated" atau "seated shot put" di mana peserta akan melontar peluru dalam keadaan duduk di atas sebuah kerusi. Jika saya ingin menamakan acara ini dalam bahasa Melayu, adakah "lontar peluru duduk" padanan yang sesuai?Cadangan padanan “Lontar Peluru Duduk” boleh diterima sebagai padanan seated shot put. Istilah16.06.2019
Terdapat banyak terjemahan bagi "International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination" (ICERD) dalam media tempatan termasuk pihak kerajaan. Apakah terjemahan sesuai bagi istilah ini bagi pendapat pihak DBP?Terjemahan untuk nama konvensyen merupakan nama khas yang telah dipersetujui oleh pihak yang berautoriti. Dari sudut bahasa, kami mencadangkan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum memandangkan setiap perkataan bahasa Inggeris ICERD mempunyai padanan dalam bahasa Melayu.Lain-lain23.11.2018
Terdapat dua istilah yang dikemukakan oleh Dewan Bahasa bagi perkataan 'fibre optic', iaitu 'optik gentian' serta 'gentian optik'. Manakah istilah yang lebih tepat digunakan dari aspek kejuruteraan atau komunikasi.Gentian optikIstilah29.10.2018
terdapat perkataan PSIKOTROFIK didalam peraturan - peraturan kualiti alam sekeliling (buangan Terjadual)2005 apakah maksud perkataan tersebut dan ayatnya seperti berikut:- Dadah terbuang yang mengandungi bahan PSIKOTROFIK atau yang mengandungi bahan yang bertoksik.PSIKOTROFIK atau dalam bahasa Inggeris, psychotropic bermaksud bahan atau dadah yang boleh menjejaskan mental seseorang.Makna07.06.2018
12345678910...

Kembali ke atas