Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1. terbuka (bkn pintu, tingkap): pintu bilik itu sentiasa ~ dan sesiapa sahaja dapat masuk; 2. tidak tertutup (bkn badan, makanan, dll): penjaja itu membiarkan barang-barang jualannya ~; pahanya ~; 3. berada dlm keadaan terbuka kpd (pengaruh sesuatu dsb): pd dasarnya orang Melayu makin ~ kpd dunia luar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.dah] | تردده

Definisi : 1 terbuka (bkn pintu, tingkap dsb): Jangan biarkan pintu depan itu ~, nanti dimasuki pencuri. 2 tidak tertutup (bkn makanan, badan dll): Mengapa hidangan ini ~ saja? 3 dpt dipengaruhi oleh: Apabila hubungan diperluas, sesuatu masyarakat itu ~ kpd perkembangan peradaban dlm masyarakat lain. 4 tidak dilindungi: Tugas yg sulit itu ~ kpd bahaya (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdedah

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Berselimut kain cukin;
     ditutup kepala kaki terbuka,
ditutup kaki kepala terdedah.

Bermaksud :

Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai). cukin = kain basahan atau kain kecil penutup dada waktu makan.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
udara ini dibuat untuk mendapatkan lukisan pemetaan pembahagian tanah, geologi tanah, tum- buh-tumbuhan dan topografi. (HUT) aerial root (akar udara) Akar yang tumbuh di atas permukaan tanah atau yang terdedah di udara. Akar udara menyerap wap air daripada udara. Contohnya, akar anggerik. (BIO) aeroacoustics [aeroakustik (ilmu)] Ilmu akustik yang mengkaji perihal penjanaan dan penghantaran bunyi oleh aliran bendalir. (FIZ) aerobic mempunyai bilangan kromosom individu yang berubah. (BIO) angiocarpic (angiokarpa) Keadaan jasad buah. Contohnya, keadaan jasad buah kulat Hymenomycetes yang himeniumnya tertutup rapat oleh selaput semasa peringkat awal pemben- tukan tetapi terdedah semasa peringkat akhir setelah spora dan selaput yang menutupinya terkoyak. (BIO) angiogram (angiogram) Gambar sinar-X pembuluh darah yang dipenuhi medium pembeza jelas. (UBAT) angioneurotic anuria (anuria angioneurosis) Anuria yang

Kembali ke atas