Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.kat] | تردکت

Definisi : dekat sekali, paling dekat: pe-labuhan besar negara asing yg ~ dgn Malaysia ialah Singapura; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.kat] | تردکت

Definisi : paling dekat: Dia mengambil buku yg ~ dgnnya lalu membacanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdekat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan terdekat atau sesuai untuk istilah "cryptocurrency" dan "blockchain"? Terima kasih atas bantuan.Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah cryptocurrency ialah kriptowang/mata wang kripto, dan istilah blockchain pula ialah blok rantai.Istilah05.03.2018
Apa kekosongan jawatan terdapat di DBP?

Sdr,

Kami menjadualkan untuk mengiklankan jawatan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan) Gred N17 dalam masa terdekat ini. Sila layari laman web DBP atau membaca akhbar mingguan utama dalam tempoh terdekat ini.

 Terima kasih.

Lain-lain26.02.2009
sebelum mesyuarat selanjutnya diadakan dalam masa terdekat ini.Mohon pihak tuan/puan perincikan soalan yang ingin ditanya supaya jelas dan tepat untuk kami memberi jawapan.Lain-lain16.11.2017
immediate past presidenpresiden terdahulu yang terdekatLain-lain12.06.2008
Salam sejahtera, Di dalam contoh ayat: "Apakah nama sekolah menengah kebangsaan yang terdekat dari rumah saya?" Bagi istilah "sekolah menengah kebangsaan", adakah ianya kata nama khas atau kata nama am? Sekian, terima kasih!Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara atau konsep umum sifatnya. Manakala kata nama khas pula ialah mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. 

Oleh itu, penggunaan frasa sekolah menengah kebangsaan dalam ayat contoh tersebut ialah kata nama am. 
Lain-lain30.12.2020
Salam. Boleh saya tahu adakah Kamus Dewwan Edisi ke-5 akan diterbitkan dalam masa terdekat? Saya harap lebih banyak istilah baru dimasukkkan. Terima kasih.Untuk makluman tuan, Dewan Bahasa akan menerbitkan Kamus Umum (ekabahasa) dan untuk maklumat lanjut dan sebarang pandangan sila kemukakan kepada Puan Dr. Fadilah binti Jasmani, Ketua Bahagian Perkamusan, Jabatan Pembinaan Bahasa dan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, e-mel beliau fadilah@dbp.gov.my.Lain-lain05.04.2013
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanya adakah Kamus Dewan Edisi Kelima akan dikeluarkan dalam masa yang terdekat?Belum ada perancangan penerbitan Kamus Dewan Edisi Kelima. Tumpuan diberikan untuk menyelesaikan Kamus Besar Bahasa Melayu Dewan.Lain-lain15.10.2017
salam.Dewan bahasa dan pustaka wilayah selatan merancang program puisi di sekitar johor pada waktu terdekat ini? bagaimana saya ingin menghubungi penulis sajak atau syair di sekitar negeri johor memandangkan saya sedang membuat kajian tentang puisi di negeri johor. terima kasih..

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Encik Rusdi Abd. Rahman, Pegawai Perancang Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan, no. telefon 07-2358802, no faks 07-2358802 atau melalui e-mel rar@dbp.gov.my.

Lain-lain01.02.2010
Mohon untuk semak ayat ini. 1. Sila peka terhadap tarikh perbincangan yang akan ditetapkan dalam masa terdekat. Adakah penggunaan perkataan peka ini sesuai? 2. Syarikat ini beroperasi di paras satu. Perkataan paras atau aras yang paling sesuai? Sekian, terima kasih.

1. Penggunaan perkataan peka dalam ayat tersebut betul.

2. Kedua-dua perkataan betul. Walau bagaimanapun, perkataan yang lazim digunakan ialah aras.

Tatabahasa21.09.2021
apakah terjemahan untuk life hack?Pihak kami mencadangkan "kemahiran hidup" sebagai terjemahan dalam bahasa Melayu yang terdekat untuk "life hack".  Terima kasih.Makna27.11.2020
123456

Kembali ke atas