Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.de.ngar] | تردڠر

Definisi : 1. (sudah) didengar: apabila ~ oleh Pak Pandir bunyi itu, ia pun lari lintang-pukang; 2. dapat (boleh) didengar: sebelum dia masuk, ~ olehnya bunyi orang mencuci baju; 3. ki sanggup (tahan) didengar: tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada ~ oleh anjing dan kucing; 4. didengar, diketahui: berita itu sudah ~ merata-rata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.de.ngar] | تردڠر

Definisi : 1 sudah didengar: Apabila ~ suara orang bang, dia pun pergi ke surau. 2 dpt didengar; boleh didengar: Suara orang bang tidak ~ kerana masjid agak jauh dr sini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdengar


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya terdengar dalam Radio Bernama 24 2-3 minggu lepas ttg penggunaan "ahli" yang merujuk kepada pakar dan bukan keanggotaan. Kalau ini betul, adakah ahli jawatankuasa atau AJK perlu dipinda kepada anggota jawatankuasa? Buku apakah yang boleh saya rujuk berkenaan perkara tersebut? Terima kasih SabaKata 'ahli' digunakan untuk menunjukkan mahir dalam sesuatu perkara seperti ahli muzik, ahli silap mata dan ahli fizik. Manakala bagi membawa maksud menyertai dalam sesuatu kumpulan atau bidang, lazimnya digunakan 'anggota' seperti anggota polis, anggota bulan sabit dan anggota kelab. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku Kunci Bahasa Melayu oleh  Awang Sariyan, 1986, Sasbadi, halaman 147.Tatabahasa14.05.2010
1. Saya terdengar akan jeritan tersebut(Ayat aktif tak transitif). 2. Jeritan tersebut terdengar oleh saya(ayat pasif) ~Bukankah kata kerja tak transitif (a)tiada objek, DAN (b) tidak boleh ditukarkan kepada ayat pasifAyat yang betul untuk Ayat Aktif Tak Transitif ialah "Saya mendengar jeritan tersebut." Manakala ayat yang betul untuk Ayat Pasif pula ialah "Jeritan tersebut saya dengar."Tatabahasa22.04.2022
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding.Tatabahasa30.07.2009
Selamat sejahtera, saya ada terdengar jika ada karya boleh hantar ke DBP , dan saya ada menulis sajak dan berminat untuk menghantar karya saya di sini. Adakah saya boleh meminta sedemikian atau ada prosedur yang perlu saya patuhi dan apa langkah yang perlu saya ambil bagi menghantar karya saya ?Pihak tuan boleh menghubungi Bahagian Majalah DBP untuk maklumat lengkap dan jelas akan penghantaran karya tersebut. Nombor telefon: 03-21479449. Terima kasih.Lain-lain24.11.2017
Salam sejahtera.. Kebelakangan ini sering kali terdengar pengucapan oleh individu-individu tertentu termasuk pemimpin yang menggunakan perkataan "mereka-mereka". Apakah tindakan DBP supaya perkara ini dapat dibetulkan terutama kepada pihak atasan supaya menggunakan bahasa dengan lebih baik lagi.

Encik Mohd Fadhil terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penggunaan mereka-mereka sepatutnya tidak lagi berlaku kesalahan, kerana mereka telah membawa makna banyak atau ramai. Kesalahan seperti ini biasanya pihak Dewan Bahasa akan menulis terus kepada pengguna dan menerangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan kita meminta supaya pada masa akan datang kesalahan ini tidak berulang lagi.

 

Tatabahasa11.11.2009
Happy EverAfter Didn't Exist Aug 21st, 9:08pm Asalamualaikum tuan/puan Saya ada terdengar,jika tulis sajak/seni boleh dapat alaun betul atau palsu ? kalau betul,saya berminat dan tolong beri tahu prosedurnya. smile emoticonWaalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya dan berminat untuk menghasilkan karya. Sekiranya tuan/puan ada menghantar karya kepada pihak kami, dan karya tuan/puan itu disiarkan/diterbitkan sama ada melalui majalah ataupun dalam bentuk buku, tuan/puan akan dibayar honorarium/royalti. (bukan elaun). Jumlah bayaran bergantung pada bentuk tulisan tuan/puan. Diharap penjelasan ini dapat membantu tuan/puan.Lain-lain21.08.2015
Yang mana satukah ayat (menggunakan perkataan pedih dengan betul) ? (1) Maimun pedih hati apabila terdengar kata-kata hinaan daripada Siti itu. (2) Anita menyemburkan cecair pedih mata kepada lelaki yang cuba mengganggunya itu.Ayat yang menggunakan perkataan pedih yang betul ialah ayat (1).
Untuk ayat (2) perkataan yang sesuai ialah cecair pemedih mata.
Lain-lain25.07.2014
adakah perkataan "Latek" perkataan Melanau yang bermaksud Lumpur sudah digunakan dalam dbp. kertana saya terdengar salah saorang daripada guru menggunakan bahasa ini dalam ucapan beliau yang menjurus simpulan maknanya dalam penyampayan nya yang bermeksud masih di tekuk yang lama.Buat masa ini kata tersebut belum dirakamkan di dalam kamus terbitan DBP.Lain-lain31.03.2008
Selamat pagi, saya ada soalan tatabahasa untuk bertanya, harap dapat selesaikan. Manakah yang betul ? 1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ? 2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ? 3 mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ? 4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? 5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ? 6 di belakang amat boleh bubuh sekali tak ? cth. amat cantik sekali Terima kasih.1 sebuah mangkuk atau sebiji mangkuk ?
tiada penjodoh bilangan  khusus untuk mangkuk. sebiji dan sebuah adalah penjodoh bilangan yang paling hampir.

2 adik dihidangi oleh ibu sepinggan nasi atau adik dihidangkan oleh ibu sepinggan nasi ?
Dua-dua betul.

3. mereka memperdengar , memperdengarkan atau terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu ?  - terdengar bunyi orang bercakap ketika melalui rumah itu.

4 kakak mengirim atau mengirinkan sepucuk surat kepada datuk ? - kakak mengirimkan sepucuk surat kepada datuk.


5 imbuhan ter, sungguh, paling di belakang tidak boleh bubuh sekali, betul tak ?
Kata penguat bebas boleh digabungkan dengan awalan ter- dan hadir sebelum kata adjektif dalam konteks penanda darjah penghabisan. Contoh : teramat pandai,teramat cantik, tersangat pandai, tersangat cantik.

darjah penghabisan boleh juga menerima kata penguat belakang "sekali" dengan kata penguat bebas amat, sangat, atau sungguh yang hadir sebelum kata adjektif. Contoh : amat cantik sekali, sungguh pandai sekali,sangat cantik sekali.   

Tatabahasa31.08.2012
Edz Riel Aug 15th, 4:12pm maksud facebook dalam bahasa melayu ialah mukabuku ..adakah salah? saya pernah terdengar maksud sebenar ialah bukuwajahFacebook ialah kata nama khas dan penggunaannya/ejaannya dikekalkan dalam bahasa Melayu.Lain-lain15.08.2014
123

Kembali ke atas