Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.do.rong] | تردوروڠ

Definisi : 1. terlangsung (ke depan), ter­sorong (tertolak) ke depan: Panglima Hitam telah ~ lalu jatuh; 2. ki terlanjur (melakukan sesuatu yg tidak baik), terlajak: sesudah ~, baru timbul rasa sesal pd dirinya; ~ lidah (mulut, kata) ki terlepas (terlajak) cakap; 3. terpaksa (terpengaruh, tertarik) utk me­laku­kan sesuatu, diberangsangkan, dipengaruhi, didorong: tiba-tiba sahaja perasaannya begitu ~ utk mencurahkan segala isi hatinya; ~ kaki badan merasa, ~ lidah emas pa­dahannya prb kata mesti dikotakan, janji mesti ditepati, berbuat sesuatu mesti berani menanggungnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.do.rong] | تردوروڠ

Definisi : 1 terlangsung (ke depan); tersorong (tertolak) ke depan: Keretanya kemik sebelah kerana ~ ke dlm longkang. 2 terpengaruh (tertarik, terpaksa) utk melakukan sesuatu: Setelah dipujuk berkali-kali, ~ juga dia utk pergi bersama mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terdorong

Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa;
     lidah terdorong emas padahnya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(16)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mechanically propelledterdorong mekanikKejuruteraanTiadaTiada
induced troughpalung terdorongGeografiTiadaTiada
induced urbanisationperbandaran terdorongGeografiTiadaTiada
motivated teachingpengajaran terdorongPendidikanTiadaTiada
motivated offenderpesalah terdorongKriminologiKeadilan JenayahSalah satu daripada elemen dalam Teori Aktiviti Rutin yang menjelaskan bahawa seseorang individu mempunyai niat dan kemampuan untuk melakukan jenayah.
mechanically propelled vehiclekenderaan terdorong mekanikUndang-undangTiadaTiada
self-propelled sprinkler systemsistem pemercik terdorong diriKejuruteraanTiadaTiada
Expectancy TheoryTeori JangkaanPengurusanPerancanganTeori yang menyatakan bahawa manusia akan terdorong atau bermotivasi apabila mereka percaya yang usaha mereka akan menghasilkan prestasi kerja yang baik untuk mendapat ganjaran yang diharapkan. Ganjaran yang ditawarkan perlu menarik dan mendatangkan nilai yang diingini oleh individu tersebut. Contohnya, seorang pekerja menyedari bahawa dia perlu mendapat markah prestasi melebihi 90% bagi membolehkannya layak mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang.
bait pricingpenentuan harga umpanPentadbiranTiadaAmalan pengiklanan yang mengiklankan sesuatu keluaran pada harga rendah dengan harapan pembeli akan terdorong untuk masuk ke kedai dan turut membeli barang-barang lain.
spiral galaxygalaksi pilinMatematikTiadaGalaksi luar yang agak berpilin bentuknya dan mempunyai dua lengan yang bergelung agak rapat. Galaksi ini terdorong kepada dua jenis am: pilin normal dan pilin berpalang.
12

Kembali ke atas