Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.du.du/] | تردودوق

Definisi : 1. terjatuh duduk, duduk dgn tiba-tiba dan tidak sengaja; 2. mengendap atau terendap (serbuk kopi, teh, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.du.du/] | تردودوق

Definisi : terjatuh duduk; duduk dgn tiba-tiba: Dia tergelincir terus ~ di atas simen yg kotor itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terduduk


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, perkara yang ingin saya sentuh di sini hanya berkaitan dengan contoh yang diberikan oleh pihak tuan berhubung imbuhan 'ter-' yang bergabung dengan kata kerja 'duduk' menjadi 'terduduk',Penjelasan tentang perkara itu saya memang jelas dan faham bahawa imbuhan 'teR-' juga merupakan salah satu imbuhan untuk Kata kerja yang salah satunya membawa makna 'dalam keadaan tersedia'. Cuma beza antara 'terduduk' dengan 'terdesak' ialah 'terduduk' tidak boleh didahului atau didiikuti oleh kata penguat sedangkan 'terdesak' boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Oleh yang demikian, saya merumuskan bahawa 'terdesak' dan 'terduduk' terdiri daripada dua golongan kata yang berbeza walaupun kedua-dua kata dasar ini ialah kata kerja (desak dan duduk), iaitu 'terdesak' ialah kata adjektif manakala 'terduduk' ialah kata kerja. Rumusan yang saya buat ini mungkin kurang tepat dan jika ada kesalahan, saya berharap pihak tuan boleh memperbetul kesalahan tersebut. Oleh sebab itulah timbulnya persoalan saya tentang kata penguat yang merujuk kepada darjah penghabisan paling dan sekali yang boleh hadir bersama- sama perkataan terdesak, contohnya 'Dalam keadaan paling terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram).Dalam hal ini kita perlu melihat kepada kelas kata tersebut, duduk dan desak ialah kata kerja. Sedangkan darjah penghabisan mengungkapkan penggunaan kata adjektif melalui cara-cara yang dinyatakan. Tidak ada contoh penggunaan paling terdesak/sangat terdesak dalam pangkalan data kami. Penggunaan tersebut tidak gramatis dan mungkin banyak digunakan dalam bahasa Percakapan. Ayat yang betul ialah dalam keadaan terdesak, saya terpaksa meminjam wang daripada ceti haram.Tatabahasa30.01.2013
1.Lelaki itu jatuh...............apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar A.terduduk B.tersandar C.terjelepok D terperosok tolong berikan jawapan yang tepat tuan?Lelaki itu jatuh terjelepok apabila kakinya tersepak seketul batu yang agak besar. Perkataan terjelepok lebih sesuai kerena bermaksud jatuh terduduk.Tatabahasa26.04.2011
terjelepok kepenatan di atas kerusi. terkedang kepenatan di atas kerusi. yang manakah betul? terima kasih.Terjelepok bermaksud jatuh terduduk, manakala terkedang bermaksud terbaring mengunjur. Berdasarkan makna yang tersebut, ayat "terkedang kepenatan di atas kerusi" yang paling tepat.Tatabahasa24.08.2011
apakah maksud perkataan terhenjut dan terjelepuk?Ejaan yang betul ialah terenjut yang bermaksud bergerak turun naik (tinggi rendah). Kata terjelepok bermaksud jatuh terduduk atau jatuh bersila.Makna07.07.2008
Izat ..............apabila melalui jalan yang licin itu. jawapan..................... terjelepok/ tergelincir/tersungkur?

Perkataan yang paling sesuai ialah tergelincir.  'Izat tergelincir apabila melalui jalan yang licin itu.' Menurut Kamus Dewan,  tergelincir bermaksud terdorong kerana licin dll; tergeluncur. Terjelepok  bermaksud jatuh terduduk. Tersungkur bermaksud jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam.

Tatabahasa28.05.2011
Assalaamu'alaikum WBT, Tuan, saya ada kemusykilan, mengapa "bergelak ketawa" tidak boleh digunakan sedangkan "bersuka ria" pula boleh? Apa bezanya penggunaan imbuhan ber- dalam kedua-dua perkataan? Saya mohon pencerahan. Salam hormat, terima kasihDalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan "bergelak". Perkataan yang ada ialah "tergelak" dan "gelak ketawa". "Tergelak" ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah "terjatuh". "tersenyum" dan "terduduk"Tatabahasa28.09.2014
salam sejahtera, saya ada kemusykilan tentang imbuhan 'ter' yang dikatakan hanya bergabung dengan kata adjektif, contohnya 'tercantik ' tidak boleh hadir bersama-sama kata penguat paling dan sekali. Persoalannya, bagaimana dengan imbuhan 'ter' yang bergabung dengan kata nama contohnya 'ternama' dan yang bergabung dengan kata kerja contohnya 'terdesak'. Bolehkah perkataan-perkataan tersebut menerima kata penguat paling dan sekali. Sekian, terima kasih.Ada dua isu yang berbeza dalam hal ini. Pertama, awalan teR- boleh bergabung dengan kata kerja (terduduk) dan kata nama (ternama). Dan kedua ter + kata adjektif bagi mengungkapkan darjah penghabisan tidak termasuk dalam awalan teR-. Penggunaan kata adjektif yang betul ialah ter + kata adjektif (tercantik), kata adjektif + sekali (cantik sekali) dan amat/sangat/sungguh + kata adjektif + sekali (amat cantik sekali). Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 170 dan 244.Tatabahasa29.01.2013
Salam, saya ada satu persoalan tentang perkataan "senyum". Mohon PRPM beri tunjuk ajar. 1. Dalam bahasa Melayu (BM), wujud atau tidak perkataan ‘bersenyum’? 2. Dalam Kamus Dewan, yang ada cuma ‘tersenyum’. Akan tetapi, dalam korpus PRPM, ‘bersenyum’ didapati ada dalam BM. Jika kedua-dua bentuk ini wujud, apakah perbezaan makna antara ‘ber-‘ dan ‘ter-‘ yang digabungkan dengan ‘senyum’? 3. Adakah ‘senyum’ kata kerja tak transitif tanpa pelengkap? Sekian, terima kasih.Dalam bahasa Melayu, tidak terdapat perkataan bersenyum. Perkataan yang ada ialah tersenyum yang bermaksud melahirkan senyum. Perkataan 'bersenyum' cuma terdapat dalam pantun Melayu lama. Tidak semua perkataan mempunyai imbuhan 'ter' dan 'ber'. Contoh perkataan lain yang tidak mempunyai imbuhan "ber" tetapi mempunyai imbuhan "ter" ialah tergelak (tidak ada bergelak), tertawa (tidak ada bertawa) dan tergendala (tidak ada bergendala). Tersenyum ialah kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek atau penyambut sesudahnya. Contoh kata kerja tak transitif yang tidak memerlukan objek ialah terjatuh dan terduduk.Ejaan16.04.2012

Kembali ke atas