Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : (teréndak) sj penutup kepala atau tudung yg lebar tepinya (dibuat drpd anyaman buluh, rotan, dll): sebentar-sebentar dia mem­buang ~ yg menutupi kepalanya dan menge­sat-ngesat peluh yg membasahi dahinya; ~ Bentan = ~ Melayu terendak yg merunjung ke atas (spt bentuk kerucut); ~ Cina terendak yg merunjung ke atas dan lentik tepinya; ~ lampu tudung lampu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : (teréndak) ; siput ~ sj siput, Xenophora solaris. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.rén.da/] | تريندق

Definisi : /teréndak/ penutup kepala yg lebar tepinya, dibuat drpd anyaman buluh atau rotan. ~ lampu alat yg dibuat drpd kain (plastik dll) utk menyekat sinaran lampu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terendak (kata nama)
Bersinonim dengan tudung lampu, kerudung, serawung.,

Puisi
 

Pulau Tinggi Terendak Cina,
     Patah pasak di muka kurung;
Abang pergi janganlah lama,
     Buah masak diidam burung.


Lihat selanjutnya...(14)

Pantun

PantunSumberTema
Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulau Tinggi Terendak Cina, Patah pasak di muka kurung; Abang pergi janganlah lama, Buah masak diidam burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Tudung saji terendak Bentan, Pagar siapa tuan sesalkan; Sudah untung peminta badan, Pada siapa tuan kesalkan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pulau Tinggi terendak Cina, Nampak mari Pasir Seribu; Pergi tuan jangan lama, Mana nak tahan hati rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pulau Tinggi terendak Cina, Nampak dari Pulau Sialu; Abang pergi jangan lama, Adik duduk menanggung rindu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Dua puluh tiga terendak Cina, Habis sebutir makan api; Biar kita mati bersama, Baru puas di dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang mengail Sungai Kukup, Pakai terendak dengan tudungnya; Tuan beli timbang tak cukup, Orang berniaga apa untungnya.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Dari Gersik ke Surabaya, Beli terendak dari Bali; Sungguh cantik lagi sebaya, Budi tidak berjual beli.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Musim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12

Kembali ke atas