Kurik Kundi Merah Saga | Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Tinggi Terendak Cina, Patah pasak di muka kurung; Abang pergi janganlah lama, Buah masak diidam burung. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tudung saji terendak Bentan, Pagar siapa tuan sesalkan; Sudah untung peminta badan, Pada siapa tuan kesalkan. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Tinggi terendak Cina, Nampak mari Pasir Seribu; Pergi tuan jangan lama, Mana nak tahan hati rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pulau Tinggi terendak Cina, Nampak dari Pulau Sialu; Abang pergi jangan lama, Adik duduk menanggung rindu. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dua puluh tiga terendak Cina, Habis sebutir makan api; Biar kita mati bersama, Baru puas di dalam hati. |
Kurik Kundi Merah Saga | Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada. |
Kurik Kundi Merah Saga | Orang mengail Sungai Kukup, Pakai terendak dengan tudungnya; Tuan beli timbang tak cukup, Orang berniaga apa untungnya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari Gersik ke Surabaya, Beli terendak dari Bali; Sungguh cantik lagi sebaya, Budi tidak berjual beli. |
Kurik Kundi Merah Saga | Musim ribut pergi ke pulau, Terendak Cina jatuh ke ruang; Lagi hidup kita bergurau, Kalau mati tergolek seorang. |