Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ren.dam] | ترندم

Definisi : 1. sudah direndam; 2. terbenam dlm air, tergenang; 3. ki tinggal lama di rumah (di suatu tempat dll); ~ sama basah, terampil sama kering prb sama-sama mahu mengerja­kan sesuatu pekerjaan (baik ringan mahupun berat), sangat setia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ren.dam] | ترندم

Definisi : 1 sudah diren­dam. 2 terbenam atau tenggelam dlm air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rendam
Kata Terbitan : berendam, terendam,

Peribahasa

Bagai balak terendam.

Bermaksud :

Orang gemuk yang malas bergerak.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, perkataan "kembung" dalam ayat berikut harus diganti dengan apa perkataan ? Papan lapis itu kembung kerana terendam di dalam air hujan semalaman terima kasih.Papan lapis itu kembang kerana terendam di dalam  air hujan semalaman.Tatabahasa04.12.2020
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya perbezaan antara PERDAGANGAN dengan PEMERDAGANGAN. Saya telah merujuk Kamus Dewan untuk mencari maksud PEMERDAGANGAN tetapi tidak ada. Soalan kedua ialah maksud peribahasa "Seperti balak hanyut" dan "Seperti balak terendam". Peribahasa ini juga tidak terkandung dalam KD. Terima kasih.

Saudara,

Kedua-dua istilah ini boleh digunakan bergantung pada konteks penggunaan. Pemerdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu bagi padanan bahasa Inggeris 'Commerlization'. Perdagangan ialah terjemahan bahasa Melayu perkataan bahasa Inggeris 'trade' yang bermaksud  perihal berdagang, urusan berniaga, perniagaan (biasanya antara negara).

Untuk menjawab soalan kedua diharap dapat memberikan contoh penggunaan 'peribahasa' ini.

Makna15.06.2010
Saya ingin menterjemahkan "Immersive Virtual Simulator" ke dalam Bahasa Melayu. Minta khidmat nasihat bagi istilah yang paling sesuai. Terima kasih.Terjemahan langsung bagi Immersive Virtual Simulator ialah “Simulator Maya Terendam”.  Mohon tuan memberikan konteks penggunaan agar kami boleh mencadangkan  istilah yang paling sesuai.Istilah05.05.2014

Kembali ke atas