Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ga.bung] | ترݢابوڠ

Definisi : 1. terikat menjadi satu (seberkas), disatukan (dlm satu ikatan); 2. terikat (tercantum) dlm satu kumpulan (golongan) yg lebih besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergabung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah syarikat gabungan terjemahan yang betul untuk Affiliated Company? Rakan sekerja saya berpendapat bahawa syarikat tergabung adalah terjemahan yang betul. Salam Sejahtera.

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah syarikat gabungan.

Istilah17.12.2010
Adakah frasa "belong to and identify with" dalam ayat "our "self-identity" that is related to the groups we belong to and identify with,..." sesuai diterjemahkan sebagai "(kumpulan-kumpulan yang kita) tergabung dan kenali"? Apakah padanan yang lebih sesuai bagi "belong to" dan "identify with" dalam konteks ini?Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa belong to and identify with ialah rasa diterima dan mempunyai perkaitan dengan.Penyemakan dan penterjemahan18.02.2024
Salam, kita selalu terjumpa kata "kemudiannya" dalam penulisan. Saya tertanya-tanya, apakah fungsi "nya" dalam kata itu? TKFungsi -nya bagi kemudiannya adalah sebagai kata penekan, iaitu kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya.Tatabahasa13.07.2021
Assalamualaikum, Mohon panduan untuk membantu kami menterjemahkan istilah kewangan berikut ke Bahasa Melayu: - Global Custodian - Cross Border Non Affiliated – Top Rated in Emerging Markets Saya terlebih dahulu memanjangkan ucapan terima kasih atas bantuan yang diberikan oleh pihak DBP.Untuk makluman, tidak terdapat padanan bahasa Melayu yang khusus untuk istilah kewangan yang dikemukakan. Istilah yang terdapat dalam pangkalan data kami adalah seperti yang berikut:
1. global - sejagat/global, custodian - penjaga/penyimpan
Cadangan terjemahan: penjaga sejagat/penjaga global
2. cross - rentas/silang, border - sempadan, non - tidak/bukan, affiliated - tergabung
Sila berikan konsep istilah ini sekiranya memerlukan cadangan daripada pihak kami.
3. emerging - memuncul/bangkit, market - pasaran
Cadangan terjemahan: tempat tertinggi dalam pasaran memuncul/tahap tertinggi dalam pasaran yang baru muncul
Istilah19.03.2013
Bagaimana mahu membezakan kata pembenda dengan kata penekan?

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya, datangnya.  Contoh ayat: Datangnya secara mendadak.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa14.02.2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. saya ingin bertanyakan soalan iaitu: 1. Bagaimanakah cara untuk membezakan dan menggunakan imbuhan meN-...-i dan meN-...-kan 2. Apakah perbezaan kata adverba dan kata penekan ?1. Fungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i terbahagi tiga:
(1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-imenandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

(2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-imenerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan.

(3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu. Tidak berlaku pengguguran apitan meN-...-kan atau meN-...-i, dalam konteks ayat tersebut perkataan yang sesuai ialah mengambil.

2. Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata adverba tersenarai sebahagian daripada katatugas kerana fungsinya mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang atau penentu. Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, katanama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.

Kata Penekan ialah kata yang memberikan penegasan kepada perkataan yang tergabung dengannya. Contohnya: -nya dalam Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis.

Tatabahasa21.07.2018

Kembali ke atas