Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergantung

Puisi
 

Keritih tiram tergantung,
     Limau manis banyak bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
     Hitam manis baik budinya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat,
     akan ditingkat batangnya licin.

Bermaksud :

Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah situasi yang sesuai untuk menggunakan perkataan 'bergantung' dan 'tergantung'?Imbuhan beR- dan teR- pada perkataan bergantung dan tergantung membawa beberapa pengertian berdasarkan konteks. Awalan beR- membawa pengertian meminta bantuan daripada, contohnya; Kehidupan pengemis itu bergantung pada ihsan masyarakat. Awalan teR- pula membawa maksud dalam keadaan tersedia. Contoh ayat ialah Busana pengantin berwarna kuning itu siap tergantung. Selain itu, awalan teR- pada perkataan tergantung juga memberi pengertian keupayaan. Contohnya, hukuman yang akan dikenakan terhadap pesalah itu tergantung pada hakim.Tatabahasa21.05.2021
Bagaimanakah cara kita nak tahu kesalahan ayat tergantung kerana tiada predikat? Apakah ciri-cirinya?Boleh tuan sertakan contohnya?Setakat ini saya hanya mengenali ayat tergantung kerana tiada subjek.Predikat ialah kata atau frasa yang menerangkan sesuatu tentang subjek, contohnya "Perdana Menteri Malaysia" frasa ini terdiri daripada subjek sahaja, predikatnya boleh menjadi "akan melawat Eropah pada minggu hadapan" barulah menjadi ayat yang lengkap, iaitu "Perdana Menteri Malaysia akan melawat Eropah pada minggu hadapan". Untuk lebih memahami topik ini rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 467.Tatabahasa09.06.2011
Bagaimanakah kaedah sebenar menulis dialog dalam dialog. contoh Umar bin Al Khatthab di atas mimbar berkata: “Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barangsiapa niat hijrahnya karena dunia yang ingin digapainya atau karena seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan" ” adakala sehingga tiga lapisan dialog.

Merujuk buku Gaya Dewan (halaman 77), tanda petik tunggal (‘…’) digunakan dalam ungkapan yang telah diapit dengan tanda petik (“…”). Contoh: Umar bin Al Khatthab di atas mimbar berkata: “Aku mendengar Rasulullah salla’llahu ‘alaihi wassalam bersabda: ‘Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; Barang siapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan’.”

Lain-lain17.10.2022
Saya hendak tanya: Potret datuk masih tergantung (di atau pada) dinding bilik tidur ibu. --penggunaan di atau pada ? mana yang betul ? kenapa?Ayat yang gramatis ialah Potret datuk masih tergantung pada dinding bilik tidur ibu kerana pada menunjukkan keterangan tempat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan. Tatabahasa05.03.2012
Salam, Perkataan 'mengarang' merupakan kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? Adakah ayat ini tergantung? 1. Sze Ling suka mengarang pada masa lapang. Boleh tuan/puan berikan alasan? Terima kasih.Mengarang merupakan kata kerja transitif. Ayat yang diberikan tergantung. Sepatutnya, Sze Ling suka mengarang cerpen pada masa lapang. Kata kerja transitif - kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Tatabahasa08.05.2014
Assalam, saya ingin kepastian penggunaan kata depan di dan pada. Sekiranya ayat begini, yang manakah lebih tepat ayatnya. Jam itu tergantung di dinding atau pada dinding. Sekian terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Jam itu tergantung pada dinding. Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat, waktu, masa atau zaman. Manakala kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.Tatabahasa05.03.2012
Saya ingin bertanya, di dalam penulisan novel, saya mahu menunjukkan dialog tergantung, dengan emosi marah seperti: "KAU—" Adakah ini penggunaan yang yang tepat?

Dalam penulisan dialog dalam novel, tidak ada tanda baca atau format standard yang digunakan untuk dialog yang tergantung bagi menggambarkan emosi marah atau sebagainya. Walau bagaimanapun, berdasarkan buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, salah satu daripada fungsi tanda pisah (–) adalah untuk menunjukkan aliran fikiran penulis atau pembicara yang terganggu, terhenti, berpindah-pindah atau berubah-ubah.

Karya17.09.2022
Salam sejahtera. 1. Ali menggantung gambar di dinding. 2. Ali menggantung gambar pada dinding. 3. Gambar yang tergantung di / pada dinding itu ialah gambar datuk saya. Ayat yang mana betul ?Ayat yang betul ialah;

1. Ali menggantung gambar pada dinding.
2.Gambar yang tergantung pada dinding itu ialah gambar datuk saya.
Tatabahasa14.05.2013
Jam tua/usang itu tergantung di/pada dindingJam tua/ usang (boleh digunakan) pada dinding.Tatabahasa09.05.2009
Salam. Adakah ayat di bawah ini tergantung? Bak kata peribahasa, "Hendak melentur buluh, biarlah daripada rebungnya".Betul ayat tersebut menjadi tidak lengkap kerana tidak ada subjek yang menjadi inti ayat. Ayat yang lengkap seperti "Ahmad mendidik anak-anaknya dengan ilmu agama sejak kecil agar mereka menjadi orang yang berguna suatu hari nanti umpama peribahasa melentur biarlah waktu rebung". 


Tatabahasa05.06.2013
12345

Kembali ke atas