Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1. telah digantung, tersangkut, terpaut: lampu itu ~ di loteng; 2. diserahkan, terserah (pd): hukuman yg akan dikenakan ~ pd hakim; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gan.tung] | ترݢنتوڠ

Definisi : 1 sudah digantung atau digantungkan; dlm keadaan bergantung: Beberapa buah lukisan yg indah ~ di dinding ruang tamu. 2 diserahkan seluruhnya; terserah: Perkara ini ~ pd kemahuanmu sendiri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergantung

Puisi
 

Keritih tiram tergantung,
     Limau manis banyak bijinya;
Pilih-pilih muda sekampung,
     Hitam manis baik budinya.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Buah masak tergantung tinggi: akan dijolok penggalah singkat,
     akan ditingkat batangnya licin.

Bermaksud :

Tiada berdaya untuk mencapai (mengerjakan) sesuatu cita-cita yang tinggi atau pekerjaan yang sulit.

 

Lihat selanjutnya...(12)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MONYET LABAH-LABAH

Monyet labah-labah ialah monyet besar yang

terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai

anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan

menggunakan ekornya, malah mengambil objek

dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala

tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan

keempat-empat anggota dan ekornya

mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia

kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini

sering menggunakan lengannya untuk berayun

dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang

dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju

dari pokok ke pokok.

UMUM 
SLOTH

Sloth ialah nama biasa bagi famili haiwan di

Amerika Selatan yang bergerak dengan perlahan

dan pelik. Apabila bergerak di atas pokok, ia

berjalan terbalik, tergantung dari dahan. Sloth

boleh tergantung dengan sangat kuat dari dahan

dengan cakarnya bak cangkuk hinggakan ia tidur

dalam keadaan ini. Malah sloth mungkin terus

bergayut pada pokok untuk beberapa masa

selepas ia mati.

UMUM 
STALAKTIT

Stalaktit ialah sejenis pembentukan batu yang

cantik, yang ditemui dalam sesetengah gua batu

kapur. Stalaktit tergantung dari dinding atau

bumbung gua. Kebanyakannya kelihatan seperti

jurai air batu yang besar tetapi sesetengahnya

menyerupai langsir atau jerami dengan lubang di

tengah-tengahnya.

UMUM 
TESTIKEL

Testikel ialah sistem pembiakan lelaki berupa

kelenjar kecil berbentuk bujur. Testikal ini dikenali

juga sebagai testes (tunggal, testis ) tergantung di

belakang penis lelaki dalam karung yang dikenali

sebagai skrotum . Testis mempunyai dua fungsi

utama (1) menghasilkan sperma (2) merembeskan

hormon seks lelaki, terutama testosteron .

UMUM 
KULIT KAYU KERTAS

Kulit kayu kertas ialah pokok besar di

Australasia yang kulit kayunya tanggal yang

kelihatan seperti kertas yang tergantung daripada

batang dan dahannya.

UMUM 
ORIOL

Oriol ialah nama dua kumpulan burung hutan

yang berlainan, yang berbulu terang, terutamanya

berwarna kuning dan hitam, atau merah dan hitam.

Oriol Dunia Lama biasanya bersarang tinggi di atas

pokok, sarangnya tergantung di antara dahan yang

bercabang. Atau, ia cenderung bersarang dalam

lubang pada pokok. Oriol bersiul dengan kuat,

yang seakan-akan bunyi seruling. Oriol memakan

buah dan serangga. Oriol keemasan bersarang di

Eropah dan menghabiskan musim sejuk di Afrika.

Oriol Amerika tergolong dalam famili burung

hitam. Lihat Burung hitam.

Pengelasan saintifik. Oriol Dunia Lama tergolong

dalam famili Oriolidae. Oriole Eropah ialah Oriolus

oriolus. Oriole Amerika tergolong dalam famili Icteridae.

UMUM 
ASTROLAB

Astrolab ialah sejenis alat yang digunakan oleh ahli

astronomi dan ahli pelayaran awal untuk mengukur

sudut jasad samawi di atas ufuk. Ia terdiri daripada

sebuah cakera logam yang dipasangkan pada bingkai

bulat. Astrolab itu dibiarkan tergantung supaya tetap

tegak. Cakera tersebut mempunyai tempat

pemerhatian bagi mencerap bintang dan bingkainya

mempunyai serangkaian tanda bagi mengukur

ketinggian bintang itu.

Astrolab telah digantikan oleh sekstan dan alat

lain yang lebih tepat.

Lihat juga Sekstan.

UMUM 
NADIR

Nadir ialah titik di angkasa yang betul-betul berada

di atas kepala seseorang yang berdiri. Bagi

seseorang pemerhati di bumi, langit kelihatan

seperti separuh kubah dengan bahagian tepinya

membentuk satu bulatan besar yang terletak di atas

permukaan bumi yang rata. Bayangkan satu garisan

ladung tergantung dari bahagian pusat kubah ini,

betul-betul di atas kepala anda, dan melalui pusat

bumi ke angkasa sehingga ke titik pusat separuh

kubah yang tidak kelihatan itu yang terletak di

bawah bumi. Kedua-dua titik yang menandakan

penghujung garisan ladung yang kita bayangkan

tadi, ialah zenit dan nadir. Titik-titik ini ialah kutub

bagi ufuk, dan setiap satunya berkedudukan 90°

darjah dari ufuk tersebut. Lihat juga Zenit.

UMUM 
TANDU

Tandu ialah alat seperti usungan yang digunakan

oleh orang Cina dan orang Jepun sejak bertahun-tahun,

seperti orang Barat menggunakan teksi.

Penumpangnya duduk atau baring dalam tandu yang

berbentuk kotak, yang panjangnya kira-kira 2.5 meter,

manakala lebar dan tingginya ialah 1 meter. Sisi tandu

berpintu. Struktur ini tergantung pada dua batang

tandu yang dipikul oleh empat orang.

UMUM 
TALLOWTREE

Tallowtree ialah nama beberapa jenis pokok

yang mengeluarkan bahan melekit yang boleh

digunakan sebagai ganti lemak haiwan (tallow

dalam bahasa Inggeris) untuk membuat lilin. Kini,

lilin mineral biasanya digunakan, bukan lemak

haiwan, untuk membuat lilin. Pada masa dahulu,

pokok yang paling kerap digunakan untuk bahan

melekit ini ialah tallowtree China . Biji pokok ini

tergantung pada bebenang bak lilin di antara

daunnya. Kapsul dan bijinya dihancurkan dan

direbus dan dikaup lemak yang timbul di

permukaan. Lemak ini kemudiannya dicairkan dan

ditapis.

UMUM 
12

Kembali ke atas