Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.gen.da.la] | ترݢندالا

Definisi : terhalang, tertahan (pekerjaan, perjalanan, dll): kalau anaknya yg kecil itu bangun kerjanya akan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.gen.da.la] | ترݢندالا

Definisi : tidak dpt diteruskan; terhalang: Perjalanan itu sangat sukar dan kerap kali ~ oleh lapisan salji yg tebal dan basah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata tergendala


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
disruptvt interrupt flow or continuity of, (act.) mengganggu, menggendalakan; (pass.) terganggu, tergendala: the unruly members completely ~ed the meeting, ahli-ahli yg tdk mudah dikawal itu mengganggu mesyuarat; communications were ~ed during the riots, perhubungan tergendala semasa rusuhan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
implementationn pelaksanaan: the ~ of the policy was delayed, pelaksanaan dasar itu tergendala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set-backour project suffered a serious ~ when three of our editors resigned, projek kami tergendala setelah tiga orang editor meletakkan jawatan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
interruptvt 1. break flow of, a. (action) mengganggu: the baby’s crying ~ed her sleep, tangisan bayi itu mengganggu tidurnya; you have ~ my train of thought, kamu telah mengganggu aliran fikiran saya; b. (speech) mencelah, menyampuk: she ~ed me when I was talking, dia mencelah semasa saya sedang bercakap; 2. disrupt, (act.) menyebabkan tergendala, menggendalakan; (pass.) tergendala; (state of calm etc) memecah: the war ~ed his studies, peperangan telah menyebabkan pengajiannya tergendala; the rain ~ed the match, hujan menyebabkan perlawanan itu tergendala; the calm of the night was ~ed by a loud explosion, bunyi letupan yg kuat memecah ketenangan malam;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hold 1 ~ up, a. raise, mengangkat: he held up his hand, dia mengangkat tangannya; b. keep raised, menyokong; c. delay, (act.) menggendalakan; (pass.) tergendala: traffic was held up because of flash-floods, lalu lintas tergendala disebabkan banjir kilat; d. rob, merompak: three masked men held up the bank today, tiga lelaki bertopeng telah merompak bank itu hari ini; ~ so. up, a. delay so., (act.) menahan sso; (pass.) sso tertahan: I was held up at the meeting, saya tertahan di mesyuarat itu; b. show, exhibit (as a model, example) menjadikan: the eldest brother is always being held up as an example to the other children, abang yg sulung itu selalu dijadikan contoh kpd anak-anak yg lain; ~ o’s head up, menegakkan kepala;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
set-backn (st that prevents or delays progress) halangan, rintangan; (st that makes o’s position not as good as before) tergendala: after many ~s, he finally established himself as an accountant, setelah menghadapi berbagai-bagai halangan akhirnya dia berjaya menjadi seorang akauntan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dislocationn 1. (of bone, joint) terkehel; (tech) dislokasi; 2. act of upsetting order of, tergendala(nya): the ~ of trade caused by the recent war, tergendalanya perdagangan disebabkan oleh peperangan baru-baru ini.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dislocatevt 1. put (bone, joint) out of place, terkehel: she fell and ~d her shoulder, dia jatuh dan tulang bahunya terkehel; 2. disrupt, (act.) menggendalakan; (pass.) tergendala: traffic has been ~d by the floods, lalu lintas tergendala krn banjir.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hang~ up, a. suspend with a string, cord, etc, menggantungkan: he does not ~ up his clothes after taking them off, dia tdk menggantungkan pakaian selepas menanggalkannya; b. place on chair, hook, etc, menyangkutkan; c. put telephone receiver down, meletakkan gagang telefon: he hung up before I had finished talking, dia meletakkan gagang telefon sebelum saya habis bercakap; d. (usu pass.) delay, tergendala: the peace talks were hung up because of renewed fighting, perbincangan perdamaian tergendala krn pertempuran meletus semula;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hamper 1 vt restrict, obstruct, a. (person’s bodily movements ), (act.) menghalang; (pass.) terhalang: tight clothes will ~ freedom of movement, pakaian yg ketat akan menghalang kebebasan bergerak; she wanted to run away but was ~ed by her high-heeled shoes, dia hendak melarikan diri tetapi terhalang oleh kasut tumit tingginya; b. (progress of journey, activity, etc ), (act.) menghambat, menggendalakan; (pass.) terhambat, tergendala: strong winds ~ed the progress of the ship, angin kencang menghambat perjalanan kapal itu; the project was ~ed by lack of funds, projek itu tergendala krn kekurangan wang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas