Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.dap] | ترهادڤ

Definisi : 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.dap] | ترهادڤ

Definisi : 1 kepada; akan: Cintanya ~ gadis itu tetap tidak berubah. 2 tentang; me­ngenai; berkenaan (dgn): Pandangannya ~ projek itu adalah memuaskan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Peribahasa

Potong hidung rosak muka.

Bermaksud :

Berbuat kurang baik terhadap kaum keluarga maka kita sendiri akan mendapat malu juga.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualakum, tuan/puan, soalan saya perkataan "terhadap", jika pada tajuk adakah ditulis sebagai "Terhadap" atau "terhadap". Mohon pencerahan.Soalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap.Lain-lain05.10.2021
apakah perbezaan terhadap dan kepada, bilakah kita menggunakan perkataan terhadap dan kepada dalam ayat. adakalanya nampak sama sahaja penggunaan terhadap dan kepada. contoh ayat. ".... para majikan memandang ringan terhadap para pekerja..." atau "..... para majikan memandang ringan kepada para pekerja...." sila bantu saya.Kata sendi nama "kepada" terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Kata sendi nama "terhadap" biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda.  ".... para majikan bersikap lepas tangan terhadap para pekerja..."Tatabahasa06.01.2015
Yang ketiga, sokongan masyarakat umum "terhadap" aktiviti kebahasaan juga banyak membantu usaha pengembangannya. adakah terhadap merupakan kata kerja?? terhadap dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap ?Perkataan terdiri ialah kata kerja tak transitif berpelengkap.Tatabahasa24.03.2012
'ke atas' atau 'terhadap' "... memberi perhatian [ke atas/ terhadap] perkara dibangkitkan." Kata yang mana satu betul diggunakan?Perkataan yang lebih sesuai ialah "terhadap"  --> ...memberi perhatian terhadap yang dibangkitkan.Lain-lain29.05.2016
Saya alah kepada / terhadap kacang. Yang manakah kata sendi yg sesuai utk ayat di atas? Terima kasih.Penggunaan kata sendi yang betul ialah "terhadap". Saya alah terhadap kacang.Tatabahasa30.05.2013
Salam sejahtera, Saya ingin membuat sedikit pertanyaan. 1) Pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit. 2) Ujian pendedahan kepada/pada/terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk. Saya harap pihak khidmat nasihat dapat menyediakan penerangan sekali dan penggunaan ayat yang betul. Terima kasih.1) Pendedahan terhadap bahan kimia tertentu boleh menyebabkan kerengsaan kulit.
2) Ujian pendedahan terhadap bahan kimia tertentu pada/terhadap/kepada tikus menunjukkan kesan buruk.
Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu sama ada manusia, haiwan atau benda.
Tatabahasa30.05.2016
Penggunaan mana yang betul ?(simpati terhadap , pada ,dengan)Penggunaan yang betul ialah simpati terhadap. Kata sendi nama terhadap biasanya digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Ali berasa simpati terhadap orang tua itu.Tatabahasa29.04.2021
Saya telah membuat analisis terhadap masalah yang ditinjau. Adakah penggunaan perkataan "terhadap" betul?

Kata sendi nama ‘terhadap’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan, atau benda. Contoh: Jangan bersikap biadab terhadap orang tua.

Kata sendi nama ‘tentang’ digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Maka ayat yang betul: Saya telah membuat analisis tentang masalah yang ditinjau.
Tatabahasa15.10.2014
Dalam ayat-ayat di bawah, kata sendi nama "kepada" atau "terhadap" lebih sesuai dan tepat untuk digunakan? 1. Kita haruslah sentiasa bersyukur terhadap / kepada apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita. 2. Kita mestilah berterima kasih terhadap / kepada apa-apa bantuan yang telah diterima. 3. Dia berasa kurang senang terhadap / kepada saya. Adakah ayat-ayat ini menekankan sasaran abstrak seperti "apa-apa sahaja yang kita nikmati"dan "apa-apa bantuan" yang perlu menggunakan kata sendi nama "kepada" di hadapan objek-objek abstrak tersebut? Selain itu, dalam soalan nombor 3, adakah kedua-dua kata sendi nama "kepada" dan "terhadap" membawa makna yang sama, iaitu menunjukkan sasaran yang konkrit, seperti manusia?1. Kita haruslah sentiasa bersyukur atas apa-apa sahaja yang kita nikmati kerana ada orang lain yang tidak bernasib baik seperti kita.
2. Kita mestilah berterima kasih atas apa-apa bantuan yang telah diterima.
3. Dia berasa kurang senang kepada/terhadap saya.
Kata sendi nama kepada atau terhadap tidak gramatis dalam ayat 1 dan 2, kami mencadangkan penggunaan kata tugas "atas" yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai arah seperto perkara, bahasa, peristiwa, bidang dan sebagainya.
Tatabahasa08.08.2014
Salam. Frasa manakah yang betul: "Kebaikan sukan kepada negara", "Kebaikan sukan terhadap negara". Pada pendapat saya, "Kebaikan sukan terhadap negara" betul kerana "negara" menjadi penyambut "kebaikan sukan". Contoh lain yang diberikan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah frasa "Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya" yang serupa dengan frasa "Kebaikan sukan terhadap negara". "Kebaikan sukan kepada negara" salah kerana "kepada" patut didahului oleh kata kerja. Adakah analisis ini betul? Terima kasih.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. Kata sendi nama “terhadap” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Kata sendi “kepada” pula ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Tatabahasa27.01.2022
12345678910...

Kembali ke atas