Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ham.par] | ترهمڤر

Definisi : 1. terbentang, terbuka luas: ta­nah seberang itu pasirnya terlalu putih spt kain ~; di lantai ~ permaidani yg indah; 2. sl bertaburan (bertebaran dll) merata: darah pun banyak ~ di bumi; barang-barang mereka semuanya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ham.par] | ترهمڤر

Definisi : 1 terbuka luas dan rata; terbentang: Di lantai, ~ permai­dani yg indah. 2 bertaburan; bertebaran merata-rata: Darah pun banyak ~ di bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hampar
Kata Terbitan : menghampar, terhampar, hamparan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) adakah penggunaan kata ‘aliran’ betul pada ayat ini “Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras” 2) apakah kata ganda yang tepat bagi “jam tangan” ‘jam-jam tangan’ atau ‘jam tangan-jam tangan’ 3) adakah penggunaan kata ‘masam’ betul pada ayat ini “Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam” 4) adakah penggunaan kata ‘terdedah’ betul pada ayat ini “Pintu hadapan rumah itu terdedah” 5) ayat yang manakah betul “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan.” atau “Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan.” atau “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan” 6) adakah penggunaan kata ‘mempertajam’ betul pada konteks di bawah “mempertajam akal fikiran” “mempertajam skilnya” “mempertajam usaha” 7) kenapa ayat ini salah “seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam”Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan:
1. Ayat tersebut betul.
2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan".
3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 
4. Ayat tersebut betul.
5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 
6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya".
7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ”
Tatabahasa13.09.2023

Kembali ke atas