Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.pus] | ترهاڤوس

Definisi : menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.pus] | ترهاڤوس

Definisi : telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah perbezaan antara dihapus, dihapuskan dan terhapus. Contoh, Kerajaan akan memberikan subsidi diesel kepada golongan nelayan sekiranya subsidi bahan api _______. A) terhapus B) dihapus C) dihapuskan jawapan manakah betul, sila jawab. Terima kasih!Yang betulnya ialah dihapuskan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terhapus ialah  menjadi hapus, telah dihapuskan. Jawapan kepada soalan tersebut ialah 'C'.Tatabahasa03.10.2008
saya ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejauh mana penggunaan dan perkembangan bahasa melayu dalam sektor korporat di negara kita. adakah ia kian terhapus dengan penggunaan bahasa inggeris yang lebih meluas? apakah usaha ke arah memartabatkan bahasa melayu dalam sektor korporat yang telah dan akan diambil?Bahasa Melayu masih menjadi bahasa rasami dan yang utama yang digunakan dalam sektor korporat  selain penggunaan bahasa-bahasa lain. Usaha memartabatkan bahasa Melayu dilaksanakan melalui pelbagai kegiatan terutamanya kegiatan yang dilaksanakan dan dirancang dilaksanakan melalui Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta(JAKSA) yang urus setianya di DBP.   Lain-lain29.08.2008

Kembali ke atas