Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ha.pus] | ترهاڤوس

Definisi : menjadi hapus, telah dihapuskan: sebilangan besar anak bumiputera ~ akibat perbuatan kejam kaum penjajah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ha.pus] | ترهاڤوس

Definisi : telah dihapuskan; telah lenyap: Mereka percaya bahawa dgn berbuat demikian, dosa mereka akan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hapus (kata kerja)
Bersinonim dengan hilang, lenyap, lupus, luput, lesap, tiada;,
Kata Terbitan : menghapuskan, terhapus, penghapusan, penghapus,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
written offterhapus; dihapuskanEkonomiTiadaTiada
slashed red tapebirokrasi terhapusPentadbiranTiadaTindakan menghapuskan birokrasi.
suppressor mutationmutasi supresorBiologiGenetikMutasi yang dapat mengembalikan seluruh atau sebahagian fungsi yang terhapus oleh mutasi sebelumnya pada tapak yang berlainan.
orthoscopic systemsistem ortoskopFizikOptikSistem optik yang telah dibetulkan supaya herotan dan aberasi sfera terhapus.
gag reflexrefleks gagPerubatanTiadaRefleks pengecutan dan penaikan farinks selepas stimulasi dinding farinks posterior. Refleks ini terhapus disebabkan anestesia setempat, kecederaan farinks, kerosakan nukleus vagi di medula, koma dan anestesia dalam.
internal conversion rationisbah penukaran dalamanKejuruteraanTiadaNisbah jumlah nukleus subur yang bertukar kepada nukleus mudah belah terhadap nukleus yang terhapus oleh proses pembelahan atau penangkapan di dalam teras reaktor penukar.
core conversion rationisbah tukaran terasKejuruteraanTiadaNisbah jumlah nukleus subur yang bertukar kepada nukleus mudah belah terhadap nukleus yang terhapus oleh proses pembelahan atau penangkapan di dalam teras reaktor penukar.
Petzval conditionsyarat PetzvalFizikOptikSyarat yang ditentukan dalam sistem optik yang akan melenyapkan alberasi kelengkungan medan, jika kelengkungan Petzval terhapus.
variolavariola/cacarPerubatanTiadaPenyakit yang disebabkan jangkitan virus Orthopox. Penyakit ini bercirikan demam dan ruam vesikular. Variola biasanya membawa maut. Penyakit ini telah terhapus hasil program imunisasi.
social democracydemokrasi sosialSains PolitikPolitik PerbandinganSistem demokrasi yang terpengaruh dengan unsur sosialisme. Demokrasi ini memelihara dan memperbaik kedudukan buruh secara perlahan-Iahan dan bukan secara revolusi. Kedudukan buruh tidak semestinya terhapus tetapi penderitaan mereka perlu dihentikan. Sistem ini menghalang buruh untuk menentang dan menguasai kerajaan. Sistem ini juga mendukung pemikiran bahawa kerajaan hanya berperanan mengawal ekonomi dan kedudukan buruh. Pada asalnya, sistem ini dipengaruhi dari idea sosialis dan komunis Marx, namun lama-kelamaan berkembang sendiri dan menolak idea Marx khususnya yang berhubung dengan revolusi dan perubahan sosial secara kekerasan. Demokrasi sosial kemudiannya berkembang pesat di Eropah Barat sehingga mendorong kepada pembinaan Negara Kebajikan. Kerajaan memainkan peranan penting dalam memastikan kebajikan dilaksanakan, sementara itu golongan atasan terpaksa membayar cukai yang tinggi untuk membantu kelas bawahan. Contohnya, Great Britain di bawah pentadbiran Tony Blair.
12

Kembali ke atas