Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hen.ti] | ترهنتي

Definisi : tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hen.ti] | ترهنتي

Definisi : tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terhenti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Tuan, saya ingin dapatkan bantuan tentang penggunaan perkataan yang sesuai untuk menggambarkan keadaan seperti ayat di bawah. Bas yang membawa pekerja kilang itu --------- kerana hampir kehabisan minyak. Penggunaan perkataan tersengguk-sengguk dan terhentak-hentak tidak sesuai. Boleh atau tidak menggunakan perkataan terhenti-henti? terima kasihCadangan kami terhenti-henti. Harap maklum.Tatabahasa28.07.2008
1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami ______ di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. (tersangkut, terkandas, terhimpit, terhenti). Jawapan saya ialah tersangkut. Betul? 2. Belunjur dengan berlunjur? Apakah bezanya?

1. Kami sampai agak lewat di majlis itu kerana kereta kami terkandas di jalan raya akibat hujan terlalu lebat. 

2. Kata terbitan yang betul ialah berlunjur (tidak ada perkataan belunjur).

Tatabahasa17.07.2011
Minta jelaskan perbezaan penggunaan i) hingga dan sehingga ii) sejak dan semenjak'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.Makna29.03.2008
1. Ibu mengisar cili ( sehingga / hingga ) lumat. 2. Olahragawan ( jatuh pada tangan / jatuh pada ) Ali.1. Jawapan yang tepat: Ibu mengisar cili sehingga lumat.

'Hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.  Soalan kedua sukar difahami.  Minta maaf.
Lain-lain21.09.2014
Apakah penggunaan yang betul sama ada sehingga kini atau hingga kini.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah); maka penggunaan yang betul ialah sehingga kiniTatabahasa27.12.2016
1. Apa beza penggunaan antara perkataan hingga dengan sehingga. 2. Dalam ayat pasif,penggunaan kata 'oleh'wajib atau tidak. contoh buku dibaca oleh Ahmad/buku dibaca Ahmad

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, 'hingga' bermaksud garis terakhir, batas; sampai ke (had tempat, waktu, dll). Contoh : percakapan terhenti hingga itu; hingga kini. 'Sehingga' bermaksud sampai pada keadaan (masa,dll); sampai menjadi; setelah (sudah). Contoh : sehingga matahari telah condong ke barat, barulah Si Tanggang berkayuh balik.

2.Untuk ayat pasif yang menggunakan kata kerja pasif di-, kata sendi nama oleh pada binaan oleh + FN yang letaknya selepas kata kerja boleh digugurkan tanpa menjejaskan makna atau struktur ayat. Contoh: Barang itu sudah diambil Ali semalam, sampah sarap dibakar ayah pada pagi tadi. Namun demikian, sekiranya binaan oleh + FN terletak jauh daripada kata kerja, maka oleh tidak boleh digugurkan. Contoh: Barang itu sudah diambil semalam oleh Ali, sampah sarap dibakar pagi tadi oleh ayah.

Tatabahasa03.05.2010
Saya masih keliru tentang penggunaan kata sendi dari dan hingga/sehingga. Adakah ungkapan “dari pagi hingga/sehingga ke petang” betul? Jika silap, mohon penjelasan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Oleh itu ungkapan 'dari pagi hingga /sehingga petang boleh digunakan.

Tatabahasa27.11.2009
Minta pakar bantu, Apakah perkataan yang dapat menggambarkan - sesuatu perkembangan tidak berkembang- penggunaan kata "berhenti" tidak dapat menggambarkan secara tepat keadaan tersebut. Dalam Bahasa Inggeris, stagnant dalam Bahasa Indonesia, stagnasi - kata adjektif ? boleh digunakan dalam BM. CONTOH AYAT: PERKEMBANGAN PROJEK ITU TELAH STAGNASI SEHINGGA HARI INI. (berhenti - rasa tidak tepat)Perkataan yang sesuai bagi merujuk konteks ayat yang diberi ialah TERHENTI.Istilah09.12.2017
Saya ingin bertanya tentang penggunaan yang betul antara "teruskan rakaman" atau "terus merakam" atau "meneruskan rakaman" untuk ayat ini: Ketik butang hijau untuk "teruskan merakam" dalam mesej suara yang sama. Adakah ayat ini betul? Atau apakah ayat yang sepatutnya jika salah. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Ketik butang hijau untuk terus merakam" yang membawa maksud merakam sesuatu secara berterusan, atau "Ketik butang hijau untuk teruskan merakam" yang membawa maksud menyambung merakam setelah terhenti.Tatabahasa03.12.2021
assalamualaikum... soalan, apakah yang membezakan perkataan hingga dengan sehingga, peninju dengan petinju, jawapan dengan jawaban, sejak dengan semenjak. boleh jelaskan dengan memberi contoh ayat. terima kasihWaalaikumsalam,

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makna hingga adalah : 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, peninju ialah 1. tinju, penumbuk: ~nya diangkat ke atas tinggi-tinggi; 2. orang yg meninju; manakala petinju ialah orang yg berlawan tinju, ahli tinju: ia bangga benar spt ~ yg menang di gelang­gang.

Ejaan jawaban dan jawapan kedua-duanya betul, dalam proses pengimbuhan kata dasar jawab + -an menghasilkan kata terbitan jawaban, tetapi kita biasa menyebutnya sebagai jawapan.

Sejak dan semenjak sama sahaja maknanya. Kata sejak menerima sisipan em menjadi semenjak.

Makna12.03.2013
12

Kembali ke atas