Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hen.ti] | ترهنتي

Definisi : tertahan, tidak berjalan lagi, ter­putus, tersangkut: percakapannya ~ hingga itu sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hen.ti] | ترهنتي

Definisi : tidak berjalan atau tidak bergerak lagi; tertahan; tersekat: Perbualan mereka ~ apabila guru masuk ke bilik darjah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terhenti


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENOPAUS

Menopaus ialah masa dalam kehidupan wanita

apabila tempoh haidnya terhenti. Kebanyakan

wanita mengalami tempoh haid yang terakhir

antara usia 45 tahun hingga 55 tahun. Tempoh haid

yang terakhir menandakan berakhirnya tempoh

melahirkan anak semula jadi pada wanita.

Menopaus sering dikenali sebagai perubahan

hidup.

UMUM 
ASFIKSIA

Asfiksia ialah keadaan pengsan yang terjadi

apabila paru-paru tidak menyediakan oksigen

yang secukupnya kepada darah. Asfiksia timbul

jika pernafasan terhenti atau terhalang. Darah

membawa oksigen dari paru-paru ke sel tisu di

seluruh tubuh. Sel-sel ini mesti mendapat oksigen

untuk hidup. Jika darah tidak lagi menerima

oksigen yang secukupnya dari paru-paru, maka

sel-sel itu mula mengurai dan akhirnya mati.

UMUM 
PERNAFASAN BANTUAN

Pernafasan bantuan ialah langkah yang

digunakan untuk menyelamatkan nyawa dengan

memaksa udara masuk ke dalam paru-paru dan

keluar dari paru-paru orang yang terhenti

bernafas.

UMUM 
PERTOLONGAN CEMAS

Pertolongan cemas ialah rawatan serta-merta

yang diberi kepada mangsa yang mengalami

kemalangan, sakit yang mendadak, atau lain-lain

kecemasan perubatan. Pertolongan cemas yang betul

dapat menyelamatkan nyawa mangsa, lebih-lebih lagi

jika mangsa itu mengalami pendarahan yang banyak,

terhenti pernafasannya, atau terkena racun.

Pertolongan cemas juga boleh mencegah masalah

perubatan yang selanjutnya yang terhasil daripada

kecederaan atau sakit.

UMUM 
RESUSITASI KARDIOPULMONARI

Resusitasi kardiopulmonari (CPR-Cardiopulmonary

Resuscitation) ialah prosedur

pertolongan cemas yang digunakan untuk

memulihkan pernafasan dan pengaliran darah

seseorang. CPR biasanya diberi kepada mangsa

serangan jantung yang teruk atau mangsa

kemalangan yang serius. Untuk membolehkan

mangsa terus hidup, penyelamat mesti

memulakan CPR dalam masa empat minit selepas

pernafasan dan denyutan jantung mangsa

terhenti. Hanya mereka yang betul-betul terlatih

melaksanakan CPR patut melakukan prosedur ini.

UMUM 
NOORDIN HASSAN, DATUK

Noordin Hassan, Datuk (1929– ), penulis dan

Sasterawan Negara Malaysia yang ketujuh (1993) .

Dia lahir pada 18 Januari 1929 di Sungai Pinang,

Pulau Pinang. Dia menerima pendidikan awal di

Sekolah Melayu Perak Road , Francis Light School,

dan Sekolah Agama Masjid Rawana, Pulau Pinang.

Persekolahannya terhenti semasa pedudukan Jepun,

dan apabila British kembali memerintah Tanah

Melayu, dia menyambung kembali pelajarannya di

Penang Free School sehingga lulus Sijil

Persekolahan. Pada tahun 1951, dia melanjutkan

pelajaran dalam bidang pendidikan di Kirby College,

Liverpool, England .

UMUM 
SEKAT WAP

Sekat wap atau sekat stim berlaku dalam enjin

petrol apabila sebahagian daripada petrol

mendidih dalam sistem bekalan bahan api. Enjin

yang panas berlebihan boleh menyebabkan

pendidihan, atau pengewapan , bahan api. Ini

mengurangkan amaun minyak yang dipam ke

enjin, kerana wap (stim) mengambil lebih banyak

ruang daripada cecair. Enjin tidak berjalan dengan

betul, atau terhenti sehingga petrol yang

diwapkan menyejuk dan bertukar menjadi cecair.

Sekat wap paling kerap berlaku semasa

pendakian yang lama, curam pada hari panas, atau

apabila memperlahankan kereta dengan tiba-tiba

selepas dipandu dengan teruk.

UMUM 
SAUDI PERTAMA, KERAJAAN

Saudi Pertama, Kerajaan bermula pada tahun

1157 H. bersamaan 1744 M. dan berakhir pada tahun

1233 H. bersamaan 1818 M. hasil daripada

termeterainya perjanjian damai dengan Ibrahim

Basya. Keluarga Sa‘ud dinasabkan kepada datuk

mereka, iaitu Sa‘ud ibn Muhammad ibn Muqrin ibn

Murkhan ibn Ibrahim ibn Musa ibn Rabi‘ah ibn

Mani ibn Rabi‘ah al-Muridiy, iaitu Nasab yang

diyakini benar. Nasab mereka terhenti kepada Bakar

ibn Wa’il dari Kabilah Adnan yang tulen.

UMUM 
MANSUR SAMIN

MANSUR SAMIN (1930 -      ), wartawan dan penulis Indonesia. Dia lahir pada 29 April 1930 di Batangtoru, Tapanuli Selatan, Indonesia. Mansur Samin lulus Verfolkschool (SD) pada tahun 1942. Pelajarannya terhenti apabila Jepun menduduki Indonesia. Pada masa Jepun itulah Mansur Samin menyaksikan kekejaman Jepun terhadap bangsanya. Semua pengalaman pahit itu mempengaruhi hidupnya. Sewaktu tentera Jepun menyerah kalah, Mansur Samin memasuki perbarisan pemuda yang dinamakan Pelopor dan turut merebut senjata daripada tentera Jepun. Dari tahun 1948 hingga tahun 1949, Mansur Samin memasuki Gerila Sabilillah, Tapanuli Selatan. Dia turut bertempur di Front Angkola Joe, Sipirok dan Padang Bolak.

SASTERATokoh
KESEIMBANGAN KIMIA

Keseimbangan kimia ialah keadaan seimbang

yang tercapai apabila tindak balas kimia kelihatan

terhenti. Tindak balas ini biasanya ditunjukkan

dengan menulis persamaan kimia yang mempunyai

dua anak panah.