Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hin.dar] | ترهيندر

Definisi : terluput (terlepas, bebas) drpd: Yahya ~ drpd maut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hin.dar] | ترهيندر

Definisi : terlepas atau bebas drpd: Ahmad yg ~ drpd maut ialah penuntut tingkatan satu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hindar
Kata Terbitan : menghindari, menghindarkan, terhindar, penghindaran,

Peribahasa

Ke hulu kena bubu,
     ke hilir kena tengkalak.

Bermaksud :

Tak dapat terhindar daripada bahaya. tengkalak = lukah yang panjang.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disease escapeterhindar penyakitBiologiPatologiKeadaan yang ditunjukkan oleh perumah rentan yang tidak dijangkiti atau kurang dijangkiti, oleh sebab ketiadaan patogen yang virulen atau perubahan faktor persekitaran hingga menghalang jangkitan.
balked landingpendaratan terhindarKejuruteraanTiadaTiada
hindered settlingpengenapan terhindarKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengenapan zarah di dalam bendalir yang dipengaruhi oleh zarah lain di sekelilingnya walaupun tiada perlanggaran berlaku antara satu sama lain. Pengenapan jenis ini berlaku apabila terdapat bilangan zarah yang tinggi dalam sistem yang menyebabkan pergerakan zarah yang enap mengubah halaju zarah di sekelilingnya kerana bendalir terganti menurut prinsip Archimedes. Daya apungan ini menghasilkan halaju dalam arah ke atas. Dengan ini, halaju bendalir lebih tinggi relatif kepada halaju zarah berbanding dengan halaju bendalir yang berhampiran dengan dinding yang menyebabkan satu bentuk arus tertentu terbentuk dalam proses pengenapan ini.
balking synchromesh gearingpenggearan sirat-segerak terhindarKejuruteraanTiadaTiada
klendusityklendusitiBiologiPatologiSalah satu fenomena terhindar penyakit oleh perumah rentan daripada serangan patogen, biasanya virus, yang virulen kerana perumah tersebut rintang terhadap vektornya, misalnya vektor tersebut gagal menembusi pertahanan perumah.
job safetykeselamatan kerjaEkonomiTiadaSuasana pekerjaan yang terhindar daripada sebarang bencana atau kecederaan.
natural foresthutan asliPerhutananPengurusan HutanHutan primer yang terhindar daripada aktiviti-aktiviti manusia.
hard panlapisan kerasPertanianAgroteknologiSatu lapisan dalam profil tanah yang terdiri daripada bahan yang termampat dan terhindar daripada saliran air atau pertumbuhan akar tanaman ke dalam tanah. Lapisan keras terletak di bawah lapisan tanah atas dan dibentuk akibat pencantuman butiran tanah melalui proses kimia. Ia juga terjadi disebabkan penggunaan jentera berat yang kerap, yang memampatkan butiran tanah. Struktur lapisan tanah seperti ini menyebabkan tanaman menjadi kurang subur dan pertumbuhan tanaman terganggu. Lihat juga profil tanah.
ChemotaxisKemotaksisPertanianAgronomi

Tindak balas sesuatu organisma atau organ terhadap sesuatu rangsangan kimia, sama ada tertarik kepada sumber rangsangan (positif) atau terhindar daripada rangsangan (negatif). Contohnya, bakteria akan tertarik dan bergerak menuju kepada rangsangan kehadiran glukosa, manakala bakteria akan bergerak jauh dari rangsangan kehadiran racun.

disease avoidancepenghindaran penyakitBiologiPatologiKeadaan yang ditunjukkan oleh perumah rentan yang tidak atau kurang dijangkiti oleh patogen akibat daripada sifat perumah yang dikawal oleh gen yang tidak atau kurang membenarkan berlakunya penjangkitan. bd. terhindar penyakit.
12

Kembali ke atas