Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hi.tung] | ترهيتوڠ

Definisi : 1. telah (sudah) dihitung (dikira); 2. dapat atau boleh dikira, terbilang, terkira: orang yg menonton pertunjukan kesenian di Stadium Negara tidak ~ banyaknya; 3. tergolong dlm hitungan, termasuk dlm per­kiraan: dia menjadi seorang saudagar yg ~ kaya-raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hi.tung] | ترهيتوڠ

Definisi : 1 dpt atau boleh dikira; terkira: Dia orang kaya, hartanya tidak ~ banyaknya. 2 sudah dihitung; termasuk dlm kiraan: Harga barang itu ~ dlm perbelanjaannya. 3 termasuk dlm sesuatu golongan; tergolong: Dia ~ sbg pemurah dan penyayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
berapa banyak penggunaan huruf E dalam bahasa melayuPenggunaan kata vokal e dalam kata tidak terhitung banyaknya sama ada duduknya di pangkal, tengah dan akhir kata. sila rujuk kamus (pelbagai kamus) untuk mendapatkan jumlah yang sebenar.Lain-lain27.07.2009
saya nak perkataan yang terjemahan bahasa inggeris ke bahasa malaysia selain daripada sejauh mana.Perkataan bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke bahasa Melayu tidak terhitung senarainya. Sila rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan dan buat rujukan helaian demi helaian.Lain-lain03.10.2014
maksud perkataan terunggul, terbilang, unggul

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud  terbilang ialah 1. terhitung, dapat dihitung, termasuk hitungan: perahu pun tiada ~ banyak nya; 2. terkenal, terkemuka: sebuah kampung yg ~ kaya; banyak sudah pahlawan ~ pihak China yg telah rebah ke bumi; 3. dimaklumi (sbg mempunyai sesuatu sifat): dia memang ~ sbg orang yg lekas naik radang; manakala perkataaan unggul bermaksud melebihi (mengatasi) yang lain (baik, bijak, cekap, tinggi, dll), terbaik, teristimewa, terutama: dia seorang ahli olahraga yg ~; ahli sains yg ~;. Oleh itu, perkataan terunggul tidak perlu digunakan. 

Makna02.06.2009
Salam. Boleh atau tidak dirumuskan bahawa ayat dasar, ayat inti, ayat mudah, dan ayat tunggal adalah sinonim dan mempunyai ciri-ciri yang sama? Mohon penjelasan jika wujud perbezaan ketara antara keempat-empat istilah tersebut. Terima kasih.Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ayat inti merupakan salah satu drpd empat bentuk ayat yg paling sederhana sbg dasar terbentuknya ayat-ayat lain yg tidak terhitung jumlahnya. Ayat mudah yang lengkap ialah ayat yang mempunyai subjek dan predikat. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Oleh yang demikian, ayat-ayat tunggal seperti ayat-ayat jenis lain juga terbit daripada ayat dasar. Ada perbezaan antara ayat dasar dengan ayat tunggal. Tidak semua ayat tunggal terdiri daripada subjek yang diikuti oleh predikat. Ada susunan yang berbeza, iaitu predikat (seluruh atau sebahagian) mendahului subjek. Ayat dasar terdiri daripada ayat penyata, manakala ayat tunggal boleh terdiri daripada ayat jenis lain seperti ayat tanya, ayat perintah, ayat seruan dsbnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 437.Tatabahasa09.11.2010

Kembali ke atas