Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hor.mat] | ترحرمت

Definisi : (yg) sangat dihormati: kepada yg ~ saudara Ahmad; utk pembesar-pem­besar digunakan sebutan yg ~; profesion yg penting dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hor.mat] | ترحرمت

Definisi : dimuliakan atau dihormati: kpd yg ~ saudara Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hormat (kata nama)
Bersinonim dengan takzim, sopan santun, khidmat;,
Kata Terbitan : berhormat, menghormati, terhormat, kehormat, kehormatan, penghormatan, penghormat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apa yang dikatakan dgn panggilan terhormat?Panggilan terhormat ialah sapaan untuk seseorang yang dihormati dan diraikan.Makna19.08.2008
Tetamu kehormat merupakan istilah yang telah digubal oleh pihak DBP bagi padanan Guest of honour. Namun terdapat juga pihak yang menggunakan istilah 'tetamu terhormat' . Adakah kedua-dua istilah iaitu tetamu kehormat dan tetamu terhormat sama maknanya dan boleh digunakan secara silih ganti?

Tetamu kehormat merupakan satu-satunya padanan yang rasmi untuk "Guest of honour". Penggunaan selain daripada itu tidak diterima sebagai rasmi.

Tetamu kehormat -  orang yg diundang khas (biasanya orang kenamaan, pemimpin, atau pembesar) utk menghadiri sesuatu majlis atau upacara; ruang ~ ruang utk melayan tetamu.

Istilah17.05.2017
Apakah format yang betul semasa menulis gelaran dan anugerah terhormat dalam surat rasmi? Contoh: YBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar FAScYBhg. Tan Sri Dato' Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, cara penulisan yang sedemikian adalah betul.Lain-lain30.01.2014
Tolong Terjemahan Distingushed Professor dalam Bahasa MelayuCadangan terjemahan bagi Distingushed Professor ialah "Profesor Terhormat"Makna07.10.2022
bolehkah kata ganti diri ketiga beliau digunakan untuk semua orang?Kata ganti nama diri orang ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat.Tatabahasa02.10.2006
Kata Gantinama Diri bagi ahli keluarga seperti ayah, ibu datuk. Soalan: Adakah 'beliau' atau 'dia' ?Kata ganti nama diri orang ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, "beliau" sesuai digunakan untuk ayah, ibu atau datuk, manakal "dia" tidak sesuai.Tatabahasa19.06.2014
Tuan, Katakanlah saya sebagai pengacara majlis( guru sekolah) . Bolehkah saya menggunakan Kata ganti nama `beliau` semasa membaca biodatanya kerana murid ini murid cemerlang?Kata ganti nama diri orang ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Dalam hal ini, saudara digalakkan menyebut nama murid untuk tujuan tersebut.Istilah24.04.2009
Salam sejahtera tuan/puan, 1) Saya ingin bertanyakan ttg kata 'tuan'. Apakah beza 'tuan' & 'encik'? 2) Sekiranya seorang lelaki sudah berumahtangga, maka gelaran 'tuan' lebih sesuai berbanding 'encik' (tidak berumahtangga), betul? Namun adakah kriteria ini dititik-beratkan dlm penggunaan am untuk kata tersebut? 3) Atau wujudnya budaya berkonsepkan lain dlm penggunaan kata 'tuan', iaitu 'tuan' ialah gelaran terhormat & boleh digunakan dlm apa jua situasi asalkan subjek ialah seorang lelaki? Terima kasih.
Kata "Tuan " merujuk kata panggilan bagi orang laki-laki yang dihormati atau yang berpangkat, misalnya Tuan Syed, Tuan Doktor, Tuan Hakim, Tuan Haji dan sebagainya. 
Tatabahasa06.08.2013
Salam Satu Malaysia, 1. Makanan seimbang penting untuk/kepada kita. (untuk atau kepada,sila beri penjelasan) 2. Saya menghidangkan semangkuk bubur untuk/kepada nenek. 3. Kamal tidak menduga bahawa makanan dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya./ Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikhnya. (ayat mana yang betul dan tolong beri penerangan). Soalan yang saya ajukan: Murid saya menulis karangan biografi ayah saya dan nenek saya.Apakah kata ganti nama diri orang yang betul ?(dia atau beliau) Terima kasih atas perkhidmatanyang pihak tuan sediakan.

      1.  Makanan seimbang penting untuk kita.
Penerangan:  Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, berfungsi untuk menyatakan maksud bahagian yang ditentukan atau diperuntukkan (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 276). Untuk ayat ini, “makanan seimbang” diperuntukkan untuk kata nama “kita”.
 
2.  Saya menghidangkan semangkuk bubur kepada nenek.
Penerangan:  Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan dan unsur mujarad (Rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 272). Merujuk kepada ayat ini, kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama am “nenek” .

3.  Kamal tidak menduga bahawa makanan di dalam tin yang dibelinya telah luput tarikh.
Penerangan:  Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Justeru, di dalam digunakan untuk tin kerana terdapat ruang yang boleh dilihat secara fizikal.

4.  Kata ganti diri tunggal untuk ayah atau nenek ialah beliau.
Penerangan:  Kata ganti nama diri orang ketiga beliau sesuai digunakan untuk orang/golongan dewasa yang berpekerti baik dan mulia, lazimnya mempunyai kedudukan yang agak tinggi dan terhormat dalam masyarakat. Oleh itu, beliau sesuai digunakan untuk ayah atau nenek.


Tatabahasa15.03.2018

Kembali ke atas