Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.hu.yung.hu.yung] | ترهويوڠ -هويوڠ

Definisi : bergerak-gerak (bergoyang-goyang dsb) ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk dsb): petinju itu ~ apabila kena tumbukan yg kuat drpd lawannya; berjalan ~ berjalan (tetapi) spt hendak rebah (tidak tegak tubuh). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.hu.yung.hu.yung] | ترهويوڠ -هويوڠ

Definisi : bergoyang-go­yang ke kiri dan ke kanan (spt orang mabuk): Orang itu berjalan ~ kerana mabuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huyung
Kata Terbitan : terhuyung-hayang, terhuyung-huyung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
pokok kelapa ----- dipukul tiupan angin. A liang liuk B huyunng hayang . saya nandhana memohon penjelasan.Untuk makluman, dalam konteks ayat tersebut, yang bergerak-gerak apabila ditiup anginnya pokok kelapa. Sebaliknya, daun kelapa. Perkataan yang paling sesuai ialah melambai-lambai. Contoh ayat: Daun-daun kelapa melambai-lambai ditiup angin. Meliang-liuk lebih sesuai untuk gerakan yang lebih lembut seperti api lilin meliang-liuk ditiup angin. Manakala, terhuyung-huyung pula bergerak-gerak (bergoyang-goyang dan sebagainya) ke kiri dan ke kanan (seperti orang mabuk dan sebagainya).Tatabahasa04.09.2015
Kerja terkemut-kemut itu dilakukannya hampir sepanjang usia. adakah penggunaan frasa terkemut-kemut betul dalam ayat tersebut? kalau tidak betul, apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan frasa itu? tqDalam kamus Dewan, kemut bermaksud ; kemut-kemut, mengemut, terkemut­-kemut 1. bergerak-gerak turun naik atau kembang kuncup (seperti mulut kanak-kanak yang menyusu dll): mulutnya terkemut-kemut; nadinya terkemut-kemut; 2. a) terhuyung­-huyung; b) perlahan-lahan, lambat-lambat, terdemut-demut: berjalan terkemut-kemut; membuat kerja terkemut-kemut..

Ayat yang boleh menggunakan frasa terkemut-kemut ialah  "Mulutnya terkemut-kemut hampir sepanjang usianya."
Tatabahasa11.09.2013

Kembali ke atas