Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.kat]/[ter.i.kat] | ترايکت

Definisi : 1. (telah) diikat: tangannya ~ ke belakang dgn dawai halus; 2. tertakluk (kpd), tidak bebas drpd, terkongkong oleh: orang berhutang ~; tidak ~ kpd peraturan-peraturan yg telah ditetapkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[te.ri.kat]/[ter.i.kat] | ترايکت

Definisi : 1 (telah) diikat; tertambat: Kedua-dua belah tangannya ~ ke belakang. 2 tidak bebas drpd sesuatu; tertakluk: Semua pelajar ~ pd peraturan sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,

Puisi
 

Orang Kedah timbang neraca,
     Seperti dacing negeri Kelantan;
Kalau sudah nasib kaca,
     Terikat di cincin dikata intan.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Terpaut bertali,
     tertambang berlantak.

Bermaksud :

Terikat oleh adat.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
held waterair terikatKejuruteraanKejuruteraan Bangunanair yang tersimpan di dalam struktur tanah dan terikat oleh tegangan permukaan serta terikat oleh daya serapan.
polarizationpengutubanTeknikElektrik1. Proses menghasilkan sesaran relatif bagi cas terikat positif atau cas terikat negatif dalam suatu jasad dengan cara mengenakan medan elektrik. 2. Perubahan kimia yang berlaku di dalam sel kering semasa sel itu digunakan menyebabkan rintangan dalam sel utama bertambah dan seterusnya mengurangkan arus yang dikeluarkan oleh sel tersebut. Ini disebabkan oleh kewujudan buih-buih gas hidrogen yang menyelubungi plat negatif sel tersebut.
bound electronelektron terikatKejuruteraanTiadaElektron yang terikat pada nukleus oleh tarikan elektrostatik.
land-tied islandpulau terikat daratGeologiTiadaPulau terikat yang dihubungkan dengan tanah besar oleh tombolo.
bound chargecas terikatFizikElektromagnet, Keelektrikan dan KemagnetanCas elektrik yang terikat kepada atom atau molekul.
bound by lawterikat di sisi undang-undangUndang-undangTiadaMenunjukkan keadaan terikat, terhalang, terhambat oleh obligasi undang-undang.
heat-fusion sewingfabrik terikatKesenianTiadaBeberapa lapisan fabrik yang dilapis dengan menggunakan teknik terikat.
enolenolKimiaTiadaAlkohol dengan kumpulan hidroksil terikat pada atom karbon yang terikat pada karbon lain dengan ikatan ganda dua.
primary alkoholalkohol primerFarmasiTiadaAlkohol yang kumpulan hidroksilnya terikat kepada suatu atom karbon yang terikat kepada hidrogen atau satu atom karbon yang lain.
secondary alcoholalkohol sekunderKimiaTiadaAlkohol yang kumpulan berfungsi –OH terikat pada atom karbon sekunder, iaitu atom karbon yang terikat pada dua atom karbon yang lain. Misalnya, 2-propanol.
12345678910...

Kembali ke atas