Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ri.kut.ri.kut]/[ter.i.kut.i.kut] | ترايکوت - ايکوت

Definisi : mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang mana betul?(dan kenapa?) (a)Remaja mudah TERIKUT-IKUT DENGAN tingkah laku kawan-kawan. (b)Remaja mudah TERIKUT-IKUT AKAN tingkah laku kawan-kawan.Ayat yang betul ialah "Remaja mudah terikut-ikut dengan tingkah laku kawan-kawannya".  Penggunaan kata sendi nama 'akan' (seperti dalam ayat kedua) mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa02.03.2011
Tuan : 1. Apakah perbezaan antara perkataan 'terikut-ikut' dan 'mengikut-ikut' ? 2. Bolehkah perkataan 'pertama-tama' digunakan dalam penulisan karangan dengan membawa maksud terdahulu sekali ? Ribuan terima kasih atas penjelasan dan maklum balas tuan.1. Menurut Kamus Dewan, terikut-ikut ialah mengikut (sesuatu) dengan tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yang ~ dengan struktur tatabahasa lain. Manakala  mengikut-ikut ialah meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yang ~ kepentingan orang lain;

2.Kamus Dewan mentakrifkan pertama-tama sebagai yang pertama sekali, yang mula-­mula (terdahulu) sekali: candu itu ~ haram menurut agama Islam dan kedua membinasakan badan;
Tatabahasa19.07.2013
Apakah kesalahan istilah dan tatabahasa dalam ayat di bawah? 1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya. 2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara. 3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.Salam Sejahtera,

1. Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada kemajuannya melakukan daya usaha dalam pembelajarannya.
 
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Kejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran banyak bergantung pada daya usahanya".

2. Pra-siswazah di luar negara diingatkan tidak terikut-ikut oleh dakyah kotor aktivis anti Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara.

 Jawapan: Ayat yang betul ialah "Prasiswazah di luar negara diingatkan supaya tidak terikut-ikut dengan dakyah kotor anti-Malaysia yang memburuk-burukkan nama negara".

3. Satu jawatankuasa perlu dibentuk segera bagi memudahkan kertas kerja ditulis bagi mendapatkan bantuan kewangan dengan segera.
Jawapan: Ayat yang betul ialah "Satu jawatankuasa perlu dibentuk bagi memudahkan penulisan kertas kerja untuk mendapatkan bantuan kewangan dengan segera".

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa28.02.2013
Bolehkah menggunakan ayat berikut untuk bilik fail sulit " SILA MASUK DENGAN KEBENARAN "Frasa tersebut betul tetapi terlalu terikut-ikut dengan terjemahan daripada bahasa Inggeris. Cadangan kami ialah SILA MASUK SETELAH MENDAPAT KEBENARAN atau DILARANG MASUK TANPA KEBENARAN.  Tatabahasa14.10.2009
Raja Muhamad Taufiq 30 JANUARY 22:52 Assalamu'alaikum. Saya nak bagi cadangan, ada Bahasa Melayu (Bukan Bahasa Malaysia/Kebangsaan) yang segelintir kecil orang di Malaysia yang masih menggunakan bahasa Melayu lama. Antara ayat2 nya. - Apa dihempap? - Batuk tersembo. - Loyong. - Hantu pemburu. Dan banyak lagi. Boleh tak wujudkan Kamus Bahasa Melayu..bukan kamus Bahasa Malaysia. Pure Malay Language.Terima kasih atas keprihatinan tuan dalam hal ini. Selepas Sistem Ejaan Rumi Baru 1972 tiada lagi perubahan yang berlaku pada sistem ejaan. Apa yang berlaku mungkin kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang belum mengetahui tentang perubahan tersebut dan masih terikut-ikut dengan sistem ejaan lama. DBP menerbitkan Kamus berbahasa Melayu dan dinamakan Kamus Dewan.Lain-lain30.01.2017
Saya memang jelas prinsip asas penggunaan kata sendi nama `di’ dan pada serta ‘dari’ dan `daripada’. Bagaimanapun saya ingin kepastian, manakah yang betul bagi ayat-ayat ini. . “Di awal atau pada awal bab buku ini, penulis … “ 2. “Petikan beberapa ayat dari atau daripada al-Quran”. 3. “Maklumat awal dari atau daripada beberapa jabatan kerajaan …” 4. Saya sering menulis beberapa artikel untuk Majalah Dewan Budaya. Bila menulis nama tempat, apakah formula rasmi yang patut saya ikuti. Ini terutama nama-nama lama dalam ejaan lama (asal); apakah perlu dieja dengan ejaan asal atau menggunakan ejaan baharu. Contohnya, Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dll. Bagaimana pula dengan ejaan asal yang terikut-ikut dengan gaya ejaan barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor. Mohon tuan berikan penjelasan bagi memudahkan penulisan saya agar tidak melakukan kesilapan bahasa.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

1.“ Pada bahagian awal bab buku ini, penulis …

2. “Petikan beberapa ayat daripada al-Quran”.

3. “Maklumat awal daripada beberapa jabatan kerajaan …”

4. Nama-nama lama dalam ejaan lama (asal) dikekalkan dengan ejaan asal seperti Teluk Chempedak, Ayer Hitam, Kuching, Cheras, Kota Bharu, Johor Bahru dan lain-lain.  Begitu juga ejaan asal dari barat atau Cina seperti Tanjung Bungah, Simpang Ampat dan Simpang Anam di Johor juga dikekalkan sehingga kini.

Tatabahasa10.12.2018
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan.

Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir.

Tatabahasa10.10.2011

Kembali ke atas