Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pernyataan penghar­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg diucapkan atau yg ditulis sbg tanda bersyukur atau sbg tanda terhutang budi. berterima kasih mengucapkan terima kasih; melahirkan rasa syukur; bersyukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Sayang selasih di Bukit Dulang,
     Diputik sedulang laut Sebandi;
Terima kasih berulang-ulang,
     Sudi menjemput kami di sini.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAT-MENYURAT

Surat-menyurat ialah satu kaedah komunikasi

bertulis. Orang menulis surat untuk urusan

perniagaan dan untuk tujuan peribadi. Surat urus

niaga umumnya lebih rasmi daripada surat

peribadi. Surat urus niaga termasuk untuk tujuan

memohon pekerjaan, surat bantahan, surat untuk

jualan menjual barangan dan surat peringatan.

Surat peribadi termasuk surat kiriman antara

anggota keluarga atau sahabat, surat undangan,

dan nota ucapan terima kasih.

UMUM 
KHATAM

 KHATAM, majlis atau upacara yang diadakan sebagai tanda tamat atau selesai mengaji (membaca) al-Qur’an. Upacara ini sekadar merupakan tanda ingat dan tanda terima kasih seseorang murid kepada guru al-Qur’an.

BUDAYAPerayaan/Upacara
HALUAN

HALUAN, kumpulan cerpen karya Razak Mamat. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur,  pada tahun 1985. Haluan telah terpilih sebagai salah sebuah kumpulan cerpen yang memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985, bersama kumpulan cerpen Terima Kasih Tuhanku yang ditulis oleh Baharuddin Kahar dan diterbitkan oleh Penerbitan Warusna, Kuala Lumpur, pada tahun 1984.

SASTERAKarya

Kembali ke atas