Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pernyataan penghar­gaan atas pemberian (pertolongan dsb) yg telah diperoleh, syukur; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata yg diucapkan atau yg ditulis sbg tanda bersyukur atau sbg tanda terhutang budi. berterima kasih mengucapkan terima kasih; melahirkan rasa syukur; bersyukur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Sayang selasih di Bukit Dulang,
     Diputik sedulang laut Sebandi;
Terima kasih berulang-ulang,
     Sudi menjemput kami di sini.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benevolent loanqard al-hasanEkonomiEkonomi IslamPinjaman kebajikan, iaitu peminjam hanya perlu membayar semula jumlah wang yang dipinjamkan sahaja tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh memberi hadiah atau hibah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemberi pinjaman. Jumlah pinjaman yang diberikan biasanya kecil. Tujuan pemberi pinjam memberikan pinjaman ini bukan untuk menjana keuntungan tetapi untuk membuat kebajikan. Contohnya, pinjaman kebajikan yang diberikan institusi kewangan kepada orang miskin untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Sinonim pinjaman ihsan.
introduction (speech)pengenalan (ucapan)KomunikasiKorporatBahagian ketiga dalam struktur ucapan rasmi selepas bahagian kata sapaan dan bahagian kata penghormatan. Pengenalan merupakan kata-kata yang diucapkan sebagai mukadimah atau bahagian awal kandungan utama ucapan oleh seorang pengucap. Kandungan pengenalan sesuatu ucapan biasanya mengandungi kata-kata yang bertujuan untuk mendekatkan diri pengucap dengan khalayak supaya kehadirannya dapat dihberi perhatian dan mengelakkan berlakunya jurang komunikasi, serta meningkatkan kesan interaksi kedua-dua pihak. Antara kandungan pengenalan termasuklah ucapan terima kasih kerana dijemput menghadiri acara dan kerana sambutan baik khalayak. Selain itu, pengucap juga melahirkan rasa gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama khalayak dan turut mengiktiraf kepentingan khalayak kepada acara tersebut. Pengucap juga biasanya turut memberikan pujian kepada suasana dan persekitaran acara. Penyusunan kandungan teks dalam bahagian ini perlu diberi perhatian dan dipantau oleh eksekutif perhubungan awam.

Kembali ke atas