Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[te.ris.ti.mé.wa]/[ter.is.ti.mé.wa] | ترايستيميوا

Definisi : 1. yg sangat khas, yg luar biasa, terkhusus: perkara yg ~ berkenaan dgn keris ini ialah kerana ia mempunyai mata dan hulu seiras; 2. = ~ lagi = ~ pula terlebih lagi, terutama: tersangatlah susah hati Mak Andeh, ~ pula makan pun tiada berlauk; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata teristimewa


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
qualified circulationedaran teristimewaKomunikasiTiadaBahan maklumat yang diedarkan hanya kepada khalayak terpilih sahaja yang boleh mempengaruhi kedudukan atau kepentingan sesebuah organisasi.
superspecialty storekedai teristimewaEkonomiTiadaTiada
qualified circulationedaran teristimewaKomunikasiKorporatPengedaran bahan penerbitan secara percuma atau berbayar dengan diskaun istimewa untuk sesuatu kelompok pelanggan tetap dan terpilih. Bahan penerbitan ini boleh dalam bentuk majalah atau akhbar, dan mengandungi maklumat yang mempunyai daya tarikan umum. Kandungannya biasa dikaitkan dengan motif perniagaan dan iklan. Contohnya, penggunaan gambar personaliti terkenal dalam sesebuah majalah perniagaan. Gambar personaliti tersebut biasanya digunakan untuk menghiasi halaman hadapan majalan berkenaan. Di dalamnya, disiarkan rencana tentang personaliti tersebut yang dikaitkan dengan sesuatu barangan yang diiklankan. Di samping itu, terdapat juga maklumat untuk pengguna seperti resepi masakan, keselamatan penggunaan barangan dan penjagaan kesihatan. Penerbitan ini biasanya diedarkan kepada pengguna yang terpilih dan dianggap mempunyai kuasa beli. Sinonim edaran terkawal. Lihat juga edaran tak berbayar, edaran berbayar.
privilege class commandperintah kelas teristimewaKejuruteraanTiadaTiada
controlled circulationedaran terkawalKomunikasiKorporatLihat edaran teristimewa.
signaling system 7 (SS-7)sistem pengisyaratan 7 (SS-7)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerProtokol yang digunakan oleh syarikat telefon untuk menyelesaikan masalah serangan pemfrikan. Protokol ini mengasingkan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat kawalan telefon ke suatu jalur luar dan isyarat data telefon, seperti data suara atau data paket ke jalur dalam. Protokol ini menghalang pemfrik daripada menggunakan alat seperti kota biru atau kotak hitam pada ganggang atau litar suara telefon untuk mengawal perkhidmatan telefon atau memperoleh perkhidmatan teristimewa daripada syarikat telefon. Hal ini demikian kerana litar ganggang telefon berada dalam jalur yang berlainan dan terpisah secara fizikal daripada jalur luar rangkaian telefon.

Kembali ke atas