Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.ga] | ترجاݢ

Definisi : 1. terbangun atau tersedar (drpd tidur): dia ~ drpd tidur kerana bunyi bising itu; 2. terkawal, terpelihara: setiap tutur katanya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.ga] | ترجاݢ

Definisi : 1 terbangun (drpd tidur); terkejut: Ia ~ pd pukul lima pagi lalu pergi mandi. 2 terpelihara; terlindung: Keselamatan mereka sentiasa ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jaga (kata kerja)
Bersinonim dengan sedar, tidak tidur, bangun, arik, melek;,
Kata Terbitan : berjaga, berjaga-jaga, menjaga, menjagakan, terjaga, penjagaan, penjaga,

Peribahasa

Seumpama bunga di gaung batu,
     taruk kaca tangkainya embun.

Bermaksud :

Gadis yang cantik, terjaga dengan baik dan tak mudah didekati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
attended timemasa terjagaKejuruteraanTiadaTiada
unattended communicationperhubungan tak terjagaKejuruteraanTiadaTiada
unattended exchangeibu sawat tak terjagaSosiologiTiadaIbu sawat yang dikendalikan secara automatik.
parasomniaparasomniaPerubatanPsikiatriSebarang gangguan semasa tidur yang dialami oleh seseorang, sama ada dalam keadaan separuh sedar atau semasa pertukaran antara terjaga dengan tidur.
insomniainsomniaPsikologiPsikologi UmumKecelaruan yang menyebabkan individu sukar untuk tidur dengan nyenyak. Terdapat tiga pola asas insomnia, iaitu kesukaran untuk lena di peringkat awal, kesukaran untuk mengekalkan tidur dan terjaga secara tegar pada awal pagi. Walaupun insomnia tidak berbahaya tetapi sekiranya tidak diatasi boleh mendatangkan masalah psikologi dan fizikal. Insomnia biasanya akan menyebabkan kelesuan pada waktu siang, kefungsian terganggu, produktiviti merosot dan masalah kesihatan akan meningkat. Insomnia boleh berpunca daripada masalah kebimbangan atau ketegangan yang menghalang individu untuk bertenang, kemurungan atau tekanan daripada beban kerja yang banyak dan berat. Penyakit ini juga boleh berpunca daripada masalah kesihatan seperti ulser dan lelah. Pengambilan dadah seperti kokain dan amfetamina juga boleh membawa masalah untuk tidur lena. Insomnia boleh dirawat dengan menggunakan pil tidur atau sedatif lain.
sleep apneaapnea tidurPsikologiPsikologi UmumGangguan pada pernafasan secara berulangan semasa tidur. Individu yang menghidap apnea biasanya akan terhenti pernafasannya selama 20 saat hingga dua minit. Apabila keperluan oksigen menjadi begitu terdesak, individu tersebut akan terjaga dan menyedut udara dengan cepat tetapi tidur semula kemudiannya. Keadaan ini akan berulang beberapa kali di sepanjang malam hingga ke waktu pagi. Kesannya, individu ini sering mengantuk pada waktu siangnya. Punca utama apnea ialah otak berhenti menghantar maklumat kepada diafragma bagi mengekalkan pernafasan.
hallucinationhalusinasiFarmasiFarmakologiSuatu persepsi deria (penglihatan, sentuhan, bunyi, bau atau rasa) yang kompleks, biasanya palsu atau terherot tentang sesuatu objek atau keadaan yang berlaku tanpa rangsangan luaran. Keadaan ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau terjaga, biasanya disusuli dengan perasaan yang sangat kuat bahawa persepsi kompleks tersebut adalah suatu yang benar­-benar berlaku. Halusinasi boleh melibatkan sebarang deria dan diklasifikasikan kepada auditori, gustatori, olfaktori, taktil atau visual. Keadaan ini merupakan simptom bagi kelakuan psikotik yang biasanya dilihat semasa skizofrenia serta gangguan lain atau gangguan mental organik. Halusinasi boleh mempunyai sebab-sebab psikologi seperti dalam penyakit-penyakit mental atau boleh disebabkan oleh drug, alkohol, penyakit organik (seperti barah otak, nyanyuk atau keletihan). Apabila halusinasi berpunca daripada masalah psikologi, ia selalunya mewakili konflik yang terpendam.
Good Clinical Practice (GCP)Amalan Klinikal Piawai (GCP)PerubatanTiadaSatu piawaian saintifik dan etika antarabangsa bagi menjalankan kajian yang melibatkan manusia yang mencakupi reka bentuk, pengendalian, mutu pencapaian, pemantauan, audit, rekod, analisis dan pelaporan. Amalan klinikal ini berasaskan Deklarasi Helsinki yang dibuat oleh World Medical Association pada tahun 1964 bertujuan untuk memastikan keselamatan nyawa, kesihatan, privasi dan maruah subjek kajian supaya terjaga di samping mencapai hasil kajian yang berwibawa. Amalan klinikal ini kemudiannya diolah semula menjadi garis panduan oleh badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan International Conference of Harmonisation (ICH). Badan-badan yang bertanggungjawab di peringkat negara pula akan mengolah tatacara ini agar ia bersesuaian dengan keadaan setempat.

Kembali ke atas