Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.min] | ترجامين

Definisi : tertanggung (keselamatan dll), terjaga: setelah mendapat pekerjaan itu barulah kehidupan keluarganya ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ja.min] | ترجامين

Definisi : dpt dipastikan (baik, selamat, berkekalan dll); tertanggung: Mutu barang ini tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamin
Kata Terbitan : menjamin, terjamin, jaminan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan/Puan, terdapat percanggahan pendapat berkenaan penggunaan perkataan "selamat" dan "terjamin". Pada pendapat saya, "selamat" adalah lebih tepat berbanding "terjamin" memandangkan definisi perkataan menurut konteks. "Terjamin" lebih sesuai untuk "secure". Mohon khidmat nasihat pihak DBP. Source: You can send announcements, manage groups, edit community infomation and use admin tools to help keep this community safe. Terjemahan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini selamat. Terjemahan pembetulan: Anda boleh menghantar pengumuman, mengendalikan grup, mengedit maklumat komuniti dan menggunakan alatan pentadbir untuk membantu dalam memastikan komuniti ini terjamin. Sekian, terima kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan selamat bermaksud terpelihara daripada bahaya, ancaman, bencana dan sebagainya, manakala perkataan terjamin bermaksud dapat dipastikan keselamatan, keuntungan dan lain-lain. Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, kedua-dua terjemahan yang sesuai bagi perkataan safe iaitu selamat dan terjamin boleh digunakan.

Penyemakan dan penterjemahan02.10.2022
Salam sejahtera, adakah penggunaan perkataaan "terjamin" lebih sesuai atau perkataan "dijamin"?Perkataaan "terjamin" dan "dijamin" kedua-duanya boleh digunakan bersesuaian mengikut konteks ayat yang dikemukakan. Tatabahasa16.12.2022
Assalamualaikum, Ayat yang manakah yang paling tepat? Soalan pertama a) Pakaian artis itu sungguh mencolok mata. b) Pakaian artis itu sungguh menjolok mata. Soalan kedua a) Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke masa. b)Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari masa ke semasa.1. Ayat yang betul ialah: a)Pakaian artis itu sungguh mencolok mata.
2. Ayat yang betul ialah: Masa depan seseorang pelajar akan lebih terjamin sekiranya belajar dari semasa ke semasa.
Tatabahasa04.11.2012
Tuan, Terjemahan manakah yang lebih sesuai bagi ayat berikut:- 'Making a safer and more secure nation' i) Menjadikan negara lebih selamat dan terjamin ATAU ii) Menjadikan negara lebih selamat dan terpelihara Sekian, terima kasih."Making a safer and more secure nation" dapat diterjemahkan sebagai Menjadikan negara lebih selamat dan terjamin.Makna08.08.2018
Tuan, 1. Betulkah "Justeru" bermaksud "Oleh itu"? Contohnya, Kita harus mandi setiap hari. Justeru, kesihatan kita dapat terjamin. Penggunaan "justeru" dalam ayat di atas adalah betul? 2. Margana Restoran yang terletak di Jalan Alor itu terkenal dengan masakan rendang daging. Bagi ayat di atas, frasa "masakan rendang daging" atau "masakan daging rendang" adalah betul? Terima kasih. Cik OngJawapan soalan (1). Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud. 1. kebetulan, tepat, kena benar. 2. Makna kedua ialah malahan, bahkan. Penggunaan justeru yang membawa maksud "oleh itu" adalah salah dan menyalahi hukum tatabahasa. Jawapan soalan (2). Frasa yang betul ialah rendang daging. Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti dan menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi nama menu, rendang ialah unsur inti manakala daging ialah unsur penerang. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, halaman 354-355.Tatabahasa13.11.2018
Mohon semak ayat yang mana lebih tepat dan sesuai bagi penggunaan tema berikut: "Kelestarian Komoditi Menjamin Masa Depan" atau "Kelestarian Komoditi Untuk Masa Depan Yang Lebih TerjaminUntuk makluman saudara lestari bermaksud kekal dan lazimnya digunakan dalam konteks alam sekitar dan perhutanan. Namun begitu penggunaan perkataan lestari boleh diperluaskan kepada bidang yang lain selagi bertepatan dengan maksud "kekal"nya itu. Dalam hal ini kami berpandangan frasa kelestarian komoditi tidak sesuai kerana komoditi sesebuah negara mesti ditingkatkan atau bertambah dari semasa ke semasa dan bukannya dikekalkan. Sila gantikan dengan perkataan lain yang lebih tepat maknanya. Dalam konteks perkataan yang lain tema yang pertama lebih sesuai kerana lebih ringkas dan mudah diingati
Tatabahasa26.02.2013
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan kepastian adakah terjemahan yang betul untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu adalah selamat dan terlindung"? Terima kasih.

Kami mencadangkan terjemahan untuk "the website is safe and secured" ialah "laman sesawang itu selamat dan terjamin"

Lain-lain22.07.2022
Salam sejahtera, 1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan. 2.Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan. 3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat. 4.Nenek menjalani pemeriksaan berkala supaya badan sihat. Adakah ayat-ayat di atas betul? Sekian,terima kasih.

Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah:

1. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjaga kesihatan.

2. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk badan sihat.

3. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk menjamin kesihatan yang baik.

4. Nenek menjalani pemeriksaan berkala untuk memastikan kesihatan terjamin.

Tatabahasa01.04.2024
apakah perbezaan kata hubung agar dan bahawa?

Perkataan 'bahawa' merupakan kata hubung komplemen yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa pertama. Contohnya: Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin.

Kata hubung pancangan keterangan pula berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada satu klausa utama. Kata keterangan yang biasa digunakan ialah kerana, hingga, kalau, agar, jika, sungguhpun, supaya, menjadi, untuk, apabila. Contoh ayat ialah "Pertahanan negara perlu diperkuat agar keamanan sentiasa terjamin".

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251-254.

Tatabahasa26.08.2023

Kembali ke atas