Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ja.wab] | ترجواب

Definisi : dapat dijawab; tidak ~ tidak dapat dijawab, tidak dapat diberikan jawabannya atau penjelasannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjawab


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum, soalan yang saya tanya masih tidak terjawab dan saya tidak faham apa jawapan pihak DBP. Jadi, adalah boleh nir digunakan dalam bahasa melayu seperti DBP gunakan off-air kepada nir-siar dan wireless remote control kepada alat kawalan nirdawai. Soalan saya adalah boleh atau tidak? Jika boleh bagus, jika tidak, kenapa dalam DBP ada penggunaan nir tetapi orang ramai tidak boleh gunakan nir?Dalam data rujukan kami, nir bukan bentuk imbuhan terikat yang diterima dalam bahasa Melayu di Malaysia. Nir ialah bentuk terikat yang berasal daripada bahasa Indonesia. Kita seharusnya mengutamakan penggunaan bahasa Melayu di Malaysia sendiri, iaitu menggunakan perkataan tanpa atau yang bersesuaian dengan konteks. Penggunaan istilah nir  hanya ditemui dalam bidang komunikasi massa.Tatabahasa27.02.2019
Merujuk kepada soalan saya tempoh hari, belum lagi terjawab. Soalannya seperti berikut - Adakah istilah Bahasa Melayu "Bebiri Panggang bersama Sayuran" sesuai digunakan untuk "Grilled Lamb with Vegetables"? Sekian terima kasih.Terjemahan bagi yang lebih sesuai bagi "Grilled Lamb with Vegetables" ialah "Kambing Panggang dengan Sayuran"Lain-lain02.10.2017
Soalan saya yang bertarikh pada bulan 9 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Selamat pagi, Adakah perkatan "maka" boleh dijadikan sebagai penanda wacana? Jika ya, adakah ia disertai tanda koma selepasnya? Cth: Maka perempuan-perempuan yang solehah itu adalah yang taat (kepada Allah dan suaminya) ... Terima kasih."Maka" merupakan penanda wacana bagi penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu. Ia tidak perlu disertakan tanda koma. Tatabahasa02.10.2020
Soalan saya bertarikh pada bulan 8 2020 masih belum terjawab, izinkan saya bertanyakan soalan tersebut semula. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Manakah yang lebih betul dan apakah alasannya? Ibu susu atau ibu susuan? Terima kasih.Waalaikumsalam

jawapan yang betul ialah ibu susu kerana ibu susu membawa maksud perempuan yang menyusui seseorang kanak-kanak yang bukan anaknya sendiri.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020
Salam tuan/puan, Soalan saya bertarikh 8/12/2014 masih belum terjawab. Bolehkah tuan/puan memberi jawapan dengan segera? Terima kasih. Salam tuan/puan, apakah yang dimaksudkan dengan 'kata panggilan hormat'? Adakah ianya merujuk 'datuk, datin, encik, puan, tan sri, puan sri, tun, tuan'?atau Yang Berusaha, Yang Arif, Yang Berhormat, Yang Berbahagia dan sebagainya? Terima kasih.Jawapan soalan puan telah dijawab pada 9.43 pagi, 11 Disember 2014.  Jawapan yang diberikan ialah “Kata panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatan. Maksudnya orang yang mememiliki gelar tertentu, misalnya Datuk perlu dirujuk atau disapa dengan panggilan hormat tertentu, iaitu Yang Berbahagia. Tetapi sekiranya orang yang bergelar Datuk itu merupakan ADUN atau Senator, maka panggilan hormat yang digunakan untuk menyapa beliau ialah “Yang Berhormat’.  Sila rujuk Santun Berbahasa, terbitan DBP.”Tatabahasa11.12.2014
Saya mencari perkataan yang mempunyai 8 huruf. Pembayangnya ialah Sastera Arab. Penat cari masih belum terjawab.Khidmat Nasihat Bahasa tidak melayani pertanyaan berbentuk teka silang kata, sila rujuk Kamus untuk mendapatkan jawapannya.Lain-lain21.12.2011
Salam sejahtera,soalan saya tentang etimologi perkataan 'anak' yang dikemukakan pada 8/10/2014 masih belum terjawab .Saya amat berharap pihak DBP dapat menyelesaikan persoalan saya dengan memberi penjelasan terperinci.kerjasama pihak.DBP amat dihargai.Terima Kasih DBP.Pertanyaan tuan telah dipanjangkan ke Bahagian Perkamusan, namun masih belum ada maklumat yang diterima sehingga kini. Untuk makluman tuan, data tentang etimologi kata tidak ada dalam sumber rujukan kami kecuali sebahagian kecil kata yang diberikan maklumat tentang asal kata dalam Kamus Dewan.Lain-lain12.10.2014
Perkataan "mempertahankan" boleh dipakai? ini kerana dalam tatabahasa dewan imbuhan "memper...kan" tidak boleh menerima kata dasarnya, kata adjektif. Bukankah "tahan" ialah kata adjektif? SEKIAN, HARAP DAPAT TERJAWAB MASALAH INI.Walaupun "tahan" merupakan kata sifat tetapi kata ini abstrak. Kata sifat yang abstrak mempunyai makna yang khusus.Tatabahasa20.09.2007
Betul atau salah penggunaan ayat Para Hadirin Sekalian dan Hadirin dan Hadirat? Untuk makluman, saya pernah bertanyakan tentang soalan ini iaitu pada tarikh 6/10/2007 , namun hingga sekarang masih belum terjawab.Sekian, terima kasih.Para hadiran atau hadirin sekalian atau hadirin hadirat.Tatabahasa23.11.2007
Dalam kedua-dia ayat di bawah, ayat yang manakah betul penggunaan imbuhannya / kedua-dua ayat betul? Kenapa? 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. 2. Ibu membelikan sepasang kasut untuk adik. Masalah ini sering kami temui dalam proses pengajaran di sekolah. Semoga persoalan kami ini dapat terjawab. Terima kasih.

Jawapan yang betul ialah 1. Ibu membelikan adik sepasang kasut. Ayat ini betul kerana kata kerja yang terbentuk dengan apitan men...kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat transitif aktif. 2. Ibu membeli sepasang kasut untuk adik. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 194-196.

Lain-lain04.04.2010
12

Kembali ke atas