Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.ba/] | ترجبق

Definisi : 1. termasuk ke dlm perangkap (jebak), terperangkap, terpikat; 2. ki ter­perangkap atau tercebur ke dlm sesuatu ke­adaan yg tidak baik (keji, mengongkong, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.ba/] | ترجبق

Definisi : termasuk dlm perangkap (muslihat dsb). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjebak


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
self-fulfilling prophecyramalan sempurna kendiriKriminologiKeadilan JenayahJangkaan individu tentang sesuatu hal, peristiwa atau individu lain, yang tanpa disedari mempengaruhi kelakuan atau tindakan individu itu sehingga menyebabkan hal itu benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Contohnya, seseorang yang dianggap akan menjadi penjenayah, akhirnya terjebak dalam aktiviti jenayah.
self-controlkawalan kendiriKriminologiKeadilan JenayahKemampuan individu untuk mengawal diri sendiri daripada melakukan apa-apa jenayah atau perbuatan berisiko. Kawalan kendiri ini berlaku dengan cara menghindari keinginan, melambatkan kepuasan atau menahan diri daripada tingkah laku berisiko yang boleh mengakibatkan jenayah. Contohnya, remaja yang mempunyai kawalan kendiri yang lemah mudah terjebak dalam gejala penyalahgunaan dadah.
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).

Kembali ke atas