Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.jas] | ترججس

Definisi : (sudah) jejas, mengalami kesan tidak baik: mungkin disebabkan keyakinan itu, rumah tangga mereka teguh, tak ~ walaupun telah 29 tahun mereka bersama; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.je.jas] | ترججس

Definisi : menerima kesan (biasanya tidak baik) atau rosak; terganggu: Semasa memindahkan bibit itu, perhatikan bahawa sistem akarnya tidak ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jejas
Kata Terbitan : berjejas, menjejaskan, terjejas,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TETANI

Tetani ialah suatu keadaan yang dikaitkan

dengan sifat terlampau teruja dan aktiviti spontan

sistem saraf. Keadaan ini dicirikan oleh

kekejangan otot secara berkala dan sedikit

perasaan gelabah dan gentar. Bahagian badan

yang terjejas mungkin akan berasa kebas dan

berdenyut-denyut. Biasanya tangan yang terjejas

dahulu, tetapi selepas itu kekejangan otot

barangkali merebak ke muka, badan dan

kerongkong. Kekejangan otot ini hanya terasa

sakit apabila sudah teruk. Tetani berpunca

daripada kekurangan bahan garam kalsium atau

ketakseimbangan bahan kimia di dalam badan.

UMUM 
ELEFANTIASIS

Elefantiasis atau untut ialah penyakit kulit

yang paling biasa terdapat di kawasan tropika.

Ia mendapat namanya kerana kulit yang terjejas

menjadi kasar dan tebal seperti kulit gajah.

UMUM 
MABUK GERAK

Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat

sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit

menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah

sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang

yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami

sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan

mengantuk.

UMUM 
ASBESTOS

Asbestos ialah sebarang kumpulan serat mineral

bak benang yang lembut. Asbestos mempunyai

banyak sifat yang menjadikannya berharga dari

segi komersial. Misalnya, ia tidak terbakar atau

tidak mudah mengalirkan haba atau kuasa elektrik.

Ia fleksibel dan kuat serta tidak terjejas oleh

kebanyakan bahan kimia. Asbestos boleh

menyebabkan masalah kesihatan yang serius jika

banyak dihidu. Ia dianggap tidak menimbulkan

bahaya kepada kesihatan jika ia kekal utuh.

Asbestos menjadi berbahaya hanya apabila ia

berkecai dan membebaskan seratnya yang halus ke

udara. Asbestos yang kering dan mudah berkecai

dengan sedikit sahaja tekanan dikatakan mudah

hancur . Asbestos sedemikian dikaitkan dengan

penyakit yang dikenali sebagai asbestosis dan

dengan jenis-jenis tertentu kanser. Penyakit ini

biasa terjadi di kalangan orang yang bekerja

menangani asbestos.

UMUM 
SIMBIOSIS

Simbiosis bermakna hidup bersama. Mana-mana

dua spesies organisma yang berbeza hidup bersama

dalam hubungan yang rapat dinamakan simbiotik.

Dalam hubungan simbiotik, satu pihak selalu

mendapat faedah daripada hubungan ini. Pihak satu

lagi juga mungkin mendapat faedah, atau ia mungkin

tercedera, atau tidak terjejas daripada hubungan ini.

Terdapat tiga bentuk simbiosis, iaitu parasitisme,

komensalisme, dan mutualisme.

UMUM 
SIROSIS

Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut

terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang

dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang

dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan

tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang

berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi

penting seperti membuat protein dan membuang

bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas

boleh menyekat aliran darah, menyebabkan

tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang

menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman

mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh

menyebabkan pengumpulan bendalir dalam

abdomen.

UMUM 
KUSTA

Kusta juga dikenali sebagai penyakit Hansen,

ialah sejenis penyakit berjangkit yang kronik.

Penyakit ini khususnya menyerang bahagian kulit;

membran mukus, terutamanya dalam hidung; dan

sistem saraf periferal, yang merangkumi saraf yang

menghubungkan saraf tunjang dengan otot-otot.

Pada peringkat lanjut penyakit ini, fungsi mata, hati,

limpa, otot, dan sumsum tulang juga boleh terjejas.

Kusta biasanya tidak membawa maut. Walau

bagaimanapun, pesakit yang tidak dijaga atau

dirawat boleh mengalami kecacatan pada bentuk

tangan dan kaki.

UMUM 
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 
TABES

Tabes, bermakna badan yang menyusut. Perkataan

ini pernah digunakan untuk menggambarkan

keadaan yang menyebabkan penyusutan ini. Namun,

kini penggunaannya secara eksklusifnya adalah

untuk menggambarkan penyusutan badan yang

disebabkan oleh sifilis, sejenis penyakit kelamin.

Dalam keadaan ini ia dikenali sebagai tabes dorsalis

yang bermakna penyusutan di bahagian dorsal

(belakang) saraf tunjang. Seseorang yang mengalami

keadaan ini menghadapi kesukaran untuk

mengimbangkan pergerakannya. Dia juga mungkin

kehilangan deria rasa di bahagian tangan dan kaki,

dan otot kakinya menjadi semakin lemah. Saraf

optik, iaitu sejenis saraf mata, juga mungkin terjejas.

UMUM 
STRABISMUS

Strabismus adalah penyebarisan mata yang tak

normal, dengan sebelah mata tertumpu pada satu

benda dan mata sebelah lagi tertumpu pada benda

lain. Keadaan ini juga dikenali sebagai heterotropia

atau juling. Biasanya, kedudukan mata

membolehkan kedua-duanya melihat benda yang

sama pada masa yang sama dan di tempat yang

sama. Bagi strabismus, sebelah mata menghala ke

lain daripada kedudukan biasanya. Jika mata ini

menghala ke dalam ke arah hidung, keadaan ini

dikenal sebagai strabismus menumpu. Bagi

strabismus mencapah, mata itu menghala ke luar.

Penyebarisan tidak normal itu mungkin juga

menegak, dengan mata yang terjejas menghala ke

atas atau ke bawah. Strabismus mungkin tetap atau

berkala dan mungkin melibatkan sebelah mata

sahaja atau silih berganti antara kedua-duanya.

UMUM 
12

Kembali ke atas