Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.je.rit.je.rit] | ترجريت-جريت

Definisi : menjerit berulang kali dan dgn tidak menentu, terpekik-pekik: anak itu menangis ~; ~ bagai kucing biang prb perempuan yg tiada malu bercakap dgn suara keras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata terjerit-jerit

Peribahasa

Terjerit-jerit bagai babi kena sembelih.

Bermaksud :

Menjerit ketakutan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
kiak-kaung Bd, Ml, MSrterjerit-jerit, terlolong-lolong.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
pengait LB, Kyorang yang diupah untuk memotong kepala.Kenapa terjerit-jerit ni? Digeletek kalindahau? Diburu pengait? tanya Nek Mah lagi. Anak-anak rambut yang menyapu mukanya, ditolaknya ke belakang.Novel Senapang BembanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas