Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jum.lah] | ترجومله

Definisi : 1. terkumpul, telah dicampurkan; 2. termasuk dlm bilangan, terhitung: ke­luarganya ~ dlm golongan orang yg berada; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jum.lah] | ترجومله

Definisi : 1 terkumpul; telah dicampurkan. 2 termasuk dlm bilangan; terhitung: Namanya ~ dlm senarai orang jahat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jumlah (kata nama)
Bersinonim dengan banyaknya, bilangan, amaun, gunggung;,
Kata Terbitan : sejumlah, menjumlahkan, terjumlah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moment of a couplemomen gandingMekanikGunaanMomen terjumlah yang dihasilkan oleh ganding (sistem dua daya yang sama magnitud, berlawanan hala dan tak segarisan). Momen ini merupakan suatu vektor bebas; nilainya sama untuk semua pusat momen. Momen ganding diukur dalam unit newton-meter, N.m. Kadangkala momen ganding disebut ‘ganding’ sahaja.
linear systemsistem linearMekanikGunaanSistem yang kesan terhadapnya berkadar langsung dengan puncanya, yakni sambutan atau keluaran sistem itu bersandar secara langsung pada pacuan, atau masukkan, pada sistem berkenaan. Misalnya, bagi pegas linear, ubah bentukan (keluaran) pegas itu berkadar langsung dengan daya yang dikenakan (masukkan) pada pegas itu. Untuk sistem linear, prinsip tindihan boleh dikenakan padanya, iaitu sambutan kepada beberapa masukkan yang dikenakan secara berasingan boleh dijumlahkan untuk mendapatkan sambutan terjumlah bagi sistem itu.

Kembali ke atas