Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jun] | ترجون

Definisi : 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi meng­kaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jun] | ترجون

Definisi : melompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Pere­nang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjun (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, melompat ke bawah, turun, menghambur ke bawah;,
Kata Terbitan : berterjunan, menerjuni, terjunan, penerjunan, penerjun,

Puisi
 

Petang ini petang Jumaat,
     Anak kuda mandi terjun;
Bukan tak tahu kumbang bersengat,
     Baik jaga bunga di kebun.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
parachute vi terjun dgn menggunakan /payung terjun, paracut/: he ~d from the burning plane, dia terjun dr kapal terbang yg terbakar itu dgn menggunakan payung terjun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lemmingn sejenis tikus; ~ - like instinct, seorang terjun, semua terjun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lemmingn sejenis tikus; ~ - like instinct, seorang terjun, semua terjun.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
dive~ in, plunge in head first, terjun menjunam; (imper) terjun;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parachute n payung terjun, paracut: his ~ was strapped to his back, payung terjunnya diikatkan di belakangnya; a ~ jump instructor, jurulatih terjun paracut;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
parachute vt menggugurkan [sso, sst] dgn /payung terjun, paracut/: food supplies were ~d to the troops, bekalan makanan digugurkan dgn payung terjun kpd pasukan tentera.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
divevi 1. plunge in head first, terjun menjunam: he ~d from the top of the cliff into the sea, dia terjun menjunam dr atas cenuram ke dlm laut; 2. go under water, menyelam: he ~s for pearls, dia menyelam utk mencari mutiara; 3. move quickly (into or under) menyelinap: the boy ~d under the table when he saw the teacher coming, budak itu menyelinap ke bawah meja apabila dia nampak cikgu datang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plungevi 1. a. fall into st suddenly and with force, terjun: they ran to the edge of the pool and ~d into the water, mereka berlari ke tepi kolam lalu terjun ke dlm air; b. fall downward accidentally, terjatuh: he ~d to his death from the fifth floor, dia terjatuh dr tingkat lima bangunan tersebut lalu mati; 2. move suddenly, a. (downwards) terjunam: the car smashed through the safety railing and ~d into the ravine, kereta itu merempuh galang lalu terjunam ke dlm jurang;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
plungen 1. steep fall, downward movement, a. (of person) terjun; (accidental) terjunam: the boy screamed with delight at his first ~ into the sea, budak lelaki menjerit keseronokan pertama kali terjun ke laut; the rocket’s ~ to earth was televised, roket yg terjunam ke bumi itu disiarkan dlm televisyen; b. (from cliff, building, etc) tingginya: he didn’t dare look down as it was a forty foot ~ from where he stood, dia tdk berani memandang ke bawah krn tingginya tempat dia berdiri ialah empat puluh kaki;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
bail2vi often ~ out, a. empty (boat) of water, menimba air dr perahu; b. (US) parachute out of aircraft, terjun (keluar): the pilot ~ed out of the burning aircraft, juruterbang itu terjun keluar dr pesawat yg sedang terbakar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
123456

Kembali ke atas