Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jun] | ترجون

Definisi : 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi meng­kaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jun] | ترجون

Definisi : melompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Pere­nang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjun (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, melompat ke bawah, turun, menghambur ke bawah;,
Kata Terbitan : berterjunan, menerjuni, terjunan, penerjunan, penerjun,

Puisi
 

Petang ini petang Jumaat,
     Anak kuda mandi terjun;
Bukan tak tahu kumbang bersengat,
     Baik jaga bunga di kebun.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mana yang tepat ayat berikut: 1. Saya bekerja / berkerja sebagai anggota polis. 2. Lawatan ke Air Terjun Madai / Air terjun madai 3. Kemaskini / kemas kini 4. Justeru itu saya mengucapkan ribuan terima kasih atau justeru, saya mengucapkan ribuan terima kasih.Jawapan yang paling tepat seperti berikut:
1. Saya bekerja sebagai anggota polis
2. Lawatan ke Air Terjun Madai (nama tempat ialah kata nama khas)
3. Ejaan yang betul ialah kemas kini
4. Perkataan yang betul ialah justeru, bukan justeru itu
Tatabahasa04.08.2017
Cikgu, ayat "Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dia menyuruh anjingnya terjun ke dalam sungai atau bermaksud dia membiarkan anjingnya terjun ke dalam sungai sedangkan dia tidak mempedulikan anjingnya?"Dia menerjunkan anjingnya ke dalam sungai" bermaksud dengan sengaja menyebabkan anjingnya terjun sama ada dengan menyuruh atau menolak anjingnya sehingga terjun ke sungai.Lain-lain23.12.2014
Saya nak tanya antara ayat berikut yang mana lebih tepat. 1. "Wah, sungguh nian sejuk air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya. 2. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya.Ayat (1.) adalah salah. Ayat yang betul ialah 1. "Wah, sungguh sejuk nian  air terjun ini!" kata Tinesh kepada kawan-kawannya.
Ayat  (2.) adalah betul. "Wah, terlalu amat sejuk air terjun ini!" kata Thinesh kepada kawan-kawannya.
Tatabahasa02.08.2013
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang boleh digunakan untuk 'canyoneering' iaitu sebuah aktiviti lasak popular di kawasan air terjun seperti di Filipina yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Terima kasih.Istilah "canyoneering" atau juga dikenali sebagai "canyoning" iaitu "the sport of jumping into a fast-flowing mountain stream and allowing oneself to be carried downstream at high speed." yang bermaksud aktiviti lasak yang popular di kawasan air terjun yang melibatkan seseorang memanjat tebing dan kemudian menggelongsor turun ataupun lompat/terjun dari tebing ke dalam air. Maksud istilah sumber bagi canyon pula bermaksud ngarai.  Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "canyoneering" ialah sukan di ngarai
 
Makna22.12.2020
Apakah jawapan jawapan yang betul untuk ayat ini ? Air ( dari/ daripada ) air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik.Air daripada air terjun digunakan untuk menjana kuasa elektrik.Tatabahasa26.12.2014
Buka fail gambar. Bagi contoh berikut, gambar yang digunakan adalah gambar air terjun di dalam bingkai / dalam bingkai.Ayat yang gramatis ialah ... gambar air terjun di dalam bingkai ....Tatabahasa22.12.2011
Tuan, ayat di bawah yang manakah betul? 1. Penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. 2. Penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo menyedihkan rakyat-rakyat negara Chu. Perkataan "penerjunan" bermaksud hal atau perbuatan terjun, menerjuni atau menerjunkan. Dalam ayat (1), perkataan "penerjunan" bermaksud hal menerjuni. Jadi, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" lebih tepat? Pada pandangan saya, frasa "penerjunan Sungai Miluo oleh Chu Yuan" lebih betul kerana frasa ini bermakna "hal menerjuni Sungai Miluo oleh Chu Yuan" atau "hal terjun ke dalam Sungai Miluo oleh Chu Yuan". Jika dikatakan frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo", frasa ini bermaksud "hal menerjuni Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal terjun ke dalam Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo". Maksud frasa ini salah sepenuhnya. Frasa "penerjunan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" juga boleh bermaksud "hal menerjunkan Chu Yuan ke dalam Sungai Miluo" atau "hal membuat Chu Yuan terjun ke dalam Sungai Miluo". Chu Yuan sendiri yang terjun ke dalam Sungai Miluo, bukan ada orang yang mungkin menolaknya menyebabkannya terjun ke dalam Sungai Miluo (menerjunkan Chu Yuan).Kedua-dua ayat itu betul kerana penerjunan boleh bermaksud perbuatan (hal) terjun seperti dalam ayat pertama; menerjuni; atau menerjunkan seperti dalam ayat kedua. Ayat ini kedua ini diterima jika maksud yang hendak disampaikan ialah perbuatan menerjunkan Chu Yuan ke dalam sungai (betul berdasarkan konteks ayat).
 
Tatabahasa22.12.2014
Salam sejahtera. Bolehkah saya tahu padanan yang sesuai bagi "synchronised ten-metre platform category" dalam acara terjun? Terima kasih.Tiada data "synchronised ten-metre platform category". DBP mencadangkan        “kategori platform 10 meter segerak” untuk bidang sukan terjun.Istilah03.03.2014
apakah beza makna perkataan nian dengan paling dan amat? bagaimanakah menjawab soalan begini jika jawapan wujud semua sekali. contohnya... kawasan air terjun di hutan lipur itu indah____. a) nian b) amat c) paling d) terlaluNian bermaksud terlalu sangat, amat, benar, sungguh dan berfungsi sebagai kata penguat belakang, manakala paling merupakan kata penguat hadapan, oleh itu ayat yang betul kawasan air terjun di hutan lipur itu indah nian.  Tatabahasa07.07.2008
Kami berhati-hati ketika mandi di kawasan air terjun itu kerana batu-batu di situ teramat licin. kata penguat "teramat" betul?Kata penguat "teramat" boleh digunakan dalam ayat.Tatabahasa16.07.2013
123

Kembali ke atas