Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.jun] | ترجون

Definisi : 1. melompat dr atas ke bawah: pencuri-pencuri itu pun ~ ke dlm sungai, lalu berenang ke seberang; air ~ air yg mengalir dan jatuh dr tempat yg tinggi; 2. lebih rendah (jika dibandingkan dgn yg lain); 3. mencebur-kan diri (dlm sesuatu lapangan), menyertai, turut serta: beliau sudah lama ~ ke dlm gelanggang politik; berterjunan bersama-sama (beramai-ramai) terjun, banyak yg terjun: setelah ia mengamuk itu ~lah orang dr balairung; menerjun ark terjun; menerjuni 1. terjun ke (di), terjun utk (mengambil, menolong, dll): lurah yg dalam telah kita terjuni dan bukit yg tinggi telah sama kita daki; 2. ki memeriksai atau menyelidiki dgn mendalam, menyelami: beliau cuba ~ ilmu psikologi kanak-kanak yg kurang diketahui oleh ibu bapa dan guru-guru; 3. ki mematuhi perintah dll, mengikut; 4. ki mengeluarkan wang utk menutup kerugian; menerjunkan 1. membiarkan terjun, menyuruh terjun: dia ~ anjingnya ke dlm sungai; 2. menggugurkan (dr kapal terbang dll); 3. merendahkan, menghinakan; ~ diri menceburkan diri, menyertai (sesuatu perkara), turut serta (dlm sesuatu perkara); terjunan hasil perbuatan terjun dr kapal terbang (oleh askar) atau dr tempat yg tinggi (oleh ahli renang dsb): kebanyakan penerjun asing menggunakan alat video bagi meng­kaji setiap ~; keterjunan perihal ditimpa sesuatu; ~ sawan kena penyakit sawan; penerjunan perihal (perbuatan dsb) mener-juni atau menerjunkan; penerjun 1. orang yg terjun dr kapal terbang (dgn menggunakan payung terjun): ~ memakai dua payung terjun; 2. ahli renang yg mengambil bahagian dlm acara terjun dr tempat yg tinggi ke dlm kolam air. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.jun] | ترجون

Definisi : melompat dr tempat yg tinggi ke tempat yg rendah atau dr atas ke bawah: Kakinya patah ketika ~ dr kereta api yg sedang bergerak. air ~ air yg mengalir turun dr tempat yg tinggi. berterjunan terjun ramai-ramai; ramai yg terjun: Mereka ~ ke dlm sungai utk mengelak drpd digigit tebuan. menerjuni 1 terjun di; terjun ke: Tanpa berlengah-lengah, dia terus ~ air tasik yg jernih itu. 2 menyelidiki (mendalami, menyelami dll) sesuatu bidang, ilmu dsb: Beliau ~ bidang aeroangkasa kerana amat meminatinya. menerjunkan 1 membiarkan terjun; menyuruh terjun: Dia ~ anjingnya ke dlm sungai. 2 menggugurkan sesuatu dr kapal terbang dsb: Kapal terbang tsb ~ beberapa biji bom di tempat itu. ~ diri memasuki atau menyertai sesuatu perkara atau kegiatan; menceburkan diri. terjunan lompatan terjun: Pere­nang negara mempamerkan ~ yg baik dlm acara itu. penerjunan perbuatan (hal dsb) terjun, menerjuni atau menerjunkan. penerjun orang yg terjun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
terjun (kata kerja)
Bersinonim dengan jatuh, melompat ke bawah, turun, menghambur ke bawah;,
Kata Terbitan : berterjunan, menerjuni, terjunan, penerjunan, penerjun,

Puisi
 

Petang ini petang Jumaat,
     Anak kuda mandi terjun;
Bukan tak tahu kumbang bersengat,
     Baik jaga bunga di kebun.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Naik melompat,
     turun terjun.

Bermaksud :

Hendak memperoleh kejayaan selalunya lambat, tetapi hendak jatuh mudah sekali.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
TERJUN UDARA

Terjun udara ialah sukan bagi seorang atau

lebih yang terjun dari kapal terbang dan jatuh

secara bebas sebelum payung terjun kembang.

Penerjun udara biasanya terjun pada altitud

sehingga 4600 meter dan jatuh pada kelajuan lebih

daripada 160 kilometer sejam. Mereka

mengembangkan payung terjun pada altitud 600

meter hingga 900 meter dan kemudian meluncur

ke bumi pada kelajuan kira-kira 16 kilometer sejam.

Dalam terjun udara tepat, penerjun cuba terjun

menepati sasaran kira-kira 5 sentimeter diameter.

Dalam terjun udara berpasukan, satu pasukan

penerjun udara terjun bebas bersama-sama

membuat formasi berbentuk geometri.

UMUM 
AIR TERJUN VICTORIA

Air Terjun Victoria ialah air terjun yang

ditemui oleh penjelajah Inggeris, David

Livingstone di selatan Afrika pada tahun 1855.

David Livingstone menamakan air terjun itu

sebagai penghormatan kepada Ratu Victoria. Air

Terjun Victoria terletak di antara Zambia dengan

Zimbabwe, kira-kira di pertengahan di antara muara

dengan hulu Sungai Zambezi.

UMUM 
AIR TERJUN CUQUENÁN

Air terjun Cuquenan terletak di Sungai

Cuquenan, Venezuela. Air terjun ini merupakan

salah satu daripada tiga air terjun tertinggi di

dunia.

UMUM 
TERJUNSukanSUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
ACARA TERJUN

Acara terjun ialah sukan air yang menarik.

Seseorang penerjun melompat dari papan anjal

atau pelantar dan melakukan gerakan akrobatik

yang berani di udara sebelum terjun ke dalam air.

Tidak seperti renang, acara terjun menekankan

teknik dan bukan ketahanan atau kelajuan.

Penerjun yang berbakat menggabungkan kekuatan

dan keindahan dengan keberanian semasa

berputar dan bertwis ke arah air, dan akhirnya

melakukan terjun ke dalam air dengan deburan

yang minimum.

UMUM 
ASKAR PAYUNG TERJUN

Askar payung terjun merupakan askar yang

dilatih bagi melakukan serangan dari udara.

Mereka mungkin melakukan penerjunan ke darat

dengan menggunakan payung terjun, atau

diangkut ke kawasan pertempuran dengan kapal

terbang. Dalam pertempuran, askar payung terjun

akan mendarat di belakang barisan musuh,

meletupkan jambatan, memusnahkan komunikasi

dan menyekat bekalan dan pasukan bantuan.

Mereka selalunya muncul dengan tiba-tiba

sehingga mengejutkan musuh dan terlibat dalam

pertempuran ganas secara berhadapan. Askar

payung terjun membawa pek peralatan yang

berat, termasuk rifel automatik, mesingan,

grenad, peti perubatan dan peralatan radio.

UMUM 
AIR TERJUN SUTHERLAND

Air Terjun Sutherland ialah air terjun

gunung yang kelima tertinggi di dunia. Ia terletak

26 kilometer dari hulu, ke Selat Milford, Alps

Selatan, Pulau Selatan, New Zealand.

UMUM 
AIR TERJUN ANGEL

Air Terjun Angel ialah air terjun yang tertinggi

di dunia. Ia mengalir masuk ke Sungai Churun di

sebelah timur Venezuela.

UMUM 
AIR TERJUN

Air terjun ialah air sungai atau air anak sungai

yang jatuh secara mendadak. Air terjun biasanya

terjadi apabila sebatang sungai merentasi batuan

pejal yang tahan terhadap hakisan (lihat Hakisan ).

UMUM 
AIR TERJUN AUGRABIES,

Air Terjun Augrabies di Sungai Orange di

Afrika Selatan, adalah antara air terjun yang

terkemuka di dunia. Ia terletak lebih kurang 90

kilometer di barat Upington, di utara Cape

Province.

UMUM 
123

Kembali ke atas