Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ka.wal] | ترکاول

Definisi : (dapat) dikawal, diawasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ka.wal] | ترکاول

Definisi : dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apa pendapat DBP mengenai penggunaan Bahasa Melayu dikalangan masyarakat? Benarkah ia semakin terpinggir? Merujuk kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang semakin meluas dan lebih teruk lagi ialah penggunaan Bahasa Rojak... Salah siapa?Penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat masih lagi baik dan terkawal. Maksud terkawal di sini ialah DBP telah membuat pemantauan terutamanya penggunaan BM dalam media siaran sama ada cetak, elektronik dan iklan. BM tidak terpinggir tanpa sebab. BM akan terpinggir sekiranya penutur asal bahasa itu tidak mempertahankannya. Dalam arus globalisasi sekarang ini, BM mudah terancam dan dikhuatiri akan pupus sama sekali seandainya beberapa langkah proaktif tidak diambil terhadap bahasa itu mulai sekarang. Penggunaan bahasa rojak memang tidak dapat dikawal memandangkan status sosial masyarakat yang berlainan pendidikan, budaya, agama dan tahap pemikiran berinteraksi antara satu dengan yg lain dalam suatu komuniti yg berbeza etnik dan ras kaum. Untuk mengatasi hal ini, DBP telah pun melakukan pelbagai usaha untuk mengangkat dan memperkasakan BM agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bahasa lain di negara ini. T.kasih.Lain-lain08.09.2008
Yang mana satu betul. lain kali/kali lain, Izini saya/ Izinkan saya, harga barang kawalan/ harga barang terkawal, hal ini kerana/ hal ini demikian kerana,berpuca pada/berpunca daripada,Ungkapan yang biasa digunakan dan sudah mantap ialah lain kali; izinkan saya; harga barang kawalan dan harga barang terkawal kedua-duanya betul.Harga barang kawalan merujuk harga jenis barang dalam kawalan.Harga barang terkawal bermaksud  harga barang tersebut dapat dikawal atau di bawah jagaan.   Tatabahasa13.05.2008
gated dan guardedberpagar dan terkawalLain-lain18.11.2008
definisi rukun tetangga dan integrasi nasionalRukun tetangga merujuk kepada jawatankuasa penduduk setempat bagi memastikan keselamatan di kawasan kejiranan terkawal. Integrasi nasional merujuk kepada penggabungan pelbagai kaum di dalam negara.Makna12.10.2011
Slm, Mohon semak ayat di bawah : Tekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkwal/dikawal. tqTekanan berpunca daripada emosi yang tidak terkawal atau tidak dapat dikawal.Tatabahasa27.08.2015
DEFINISI PENGINDAHAN BANDARKamus Dewan mentakrifkan kata pengindahan;  perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya.Makna10.06.2009
Adakah DBP pernah menjalankan Research mengenai SMS: adakah ianya membawa keburukan kepada Bahasa Melayu?Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana  gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard.  Lain-lain21.06.2010
apakah istilah terbaik untuk " runaway consumption" tiada dalam prpmPuan tidak memberikan konteks penggunaan frasa “runaway consumption” atau contoh ayat maka agak sukar mencadangkan padanan. Secara langsung DBP mencadangkan padanan “Penggunaan tidak terkawal” namun puan boleh memberikan konteks penggunaan agar kami boleh memberikan padanan lyang ain.Istilah23.09.2014
Di sini ada beberapa soalan yang ingin ditanya 1. Apakah perbezaan maksud di antara perkataan (a) gedempol (b) gempal (c) gemuk] (i) Mana satu jawapan di atas sesuai dengan saolan di bawah: Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang ............akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi ........... Soalan di bawah mana pilihan yang sesuai 2. Wajah yang (cantik, kacak)bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau (wangi, semerbak ,harum) pada setiap pagi Harap tuan dapat membalas sebelum 25/2/09 sekian terima kasih

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gedempol bermaksud gemuk, gempal  pula bermaksud gemuk sedang (berkenaan tubuh) atau padat berisi dan gemuk - tidak kurus atau besar badan (kerana banyak daging). Bagi ayat yang diberikan perkataan yang sesuai ialah: (i) Kanak-kanak juga sering dikaitkan dengan badan yang gemuk akibat tabiat makan yang tidak terkawal (ii) Orang yang banyak makan menyebabkan badan mereka menjadi gemuk/gempal.

Manakala bagi soalan:

2. Wajah yang cantik bukan ukuran tetapi yang paling penting ialah budi bahasa. 3. Bunga kembang pagi akan berbau wangi/harum) pada setiap pagi.

Makna26.02.2009
inkubatorMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna inkubator ialah alat pemanas utk mengerami dan menetaskan telur secara artifisial; 2. alat utk membantu bayi yg baru lahir pramatang berada dlm persekitaran dan pd suhu yg sesuai dan terkawal.Makna22.04.2009
123

Kembali ke atas