Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ka.wal] | ترکاول

Definisi : (dapat) dikawal, diawasi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ka.wal] | ترکاول

Definisi : dpt dikawal; di bawah jagaan: Walaupun keadaan agak genting, tetapi semuanya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKUAKULTUR

Akuakultur ialah pemeliharaan haiwan laut dan

rumpai laut secara terkawal. Akuakultur dijalankan

dalam takungan yang dibina di darat atau di

kawasan air semula jadi.

UMUM 
SINDROM TOURETTE

Sindrom Tourette ialah gangguan yang diwarisi

dan ditandai oleh penyebutan dan pergerakan

tubuh yang tidak terkawal. Sindrom ini lebih banyak

menyerang orang lelaki daripada orang perempuan.

Gangguan ini dinamakan sempena nama Georges

Gilles de la Tourette, iaitu doktor Perancis yang

memerikan gejala ini pada tahun 1885.

UMUM 
SAKHAROV, ANDREI DMITRIYEVICH

Sakharov, Andrei Dmitriyevich (1921–1989)

ialah ahli fizik Soviet yang menjadi terkemuka

kerana penyelidikannya tentang tindak balas

termonuklear terkawal. Usahanya membantu ahli

sains Soviet mencipta bom hidrogen pada awal

tahun 1950-an. Tetapi, Sakharov menjadi terkenal

kerana usahanya mempromosi hak asasi manusia

dan keamanan dunia. Dia dianugerahi Hadiah

Nobel tahun 1975 kerana usaha ini. Mulai akhir

tahun 1960-an, Sakharov dan isterinya Yelena

Bonner, berkali-kali mengkritik kerajaan Soviet

dengan menuduhnya tidak memberikan hak asasi

manusia kepada warganegara Soviet. Pada tahun

1980, Sakharov ditangkap oleh pihak berkuasa

Soviet dan dibuang negeri ke Gorki (kini Nizhniy

Novgorod), iaitu bandar yang tertutup kepada

orang asing. Pada tahun 1986, dia dibebaskan dan

dibenarkan pulang ke Moscow. Pada tahun 1989,

Sakharov dipilih menjadi ahli dewan

perundangan Soviet yang baru dibentuk yang

dinamakan Kongres Wakil Rakyat.

UMUM 
KULTUR

Kultur dalam biologi, ialah pertumbuhan

mikroorganisma atau sel yang dihasilkan dalam

keadaan terkawal dalam makmal.

UMUM 
PUNDI KENCING

Pundi kencing ialah nama biasa bagi organ

berotot berongga yang menyimpan air kencing

sebelum ia dikeluarkan dari badan. Pengosongan

pundi kencing berlaku secara terkawal pada

kebanyakan manusia dan banyak mamalia lain.

UMUM 
PASAR GELAP

Pasar gelap ialah jualan atau pengedaran

barangan atau mata wang yang mencabuli had

maksimum harga, kuota, pencatuan, dan keutamaan

yang ditentukan oleh kerajaan. Sesiapa yang

membeli atau menjual barangan catuan atau mata

wang terkawal melalui saluran yang menyalahi

undang-undang atau lebih daripada had

maksimum harga yang ditentukan menjadi peniaga

dalam pasaran gelap.

UMUM 
SAPPHO

Sappho ialah penyair wanita Yunani yang hidup

pada tahun 600 S.M. Plato menamakannya sebagai

Tenth Muse , dan dia dianggap penyair wanita

terpenting dunia yang pernah diketahui. Daripada

karya puisinya, hanya dua puisi lirik yang pendek dan

beberapa baris yang masih wujud, yang dipetik oleh

pengkritik dan pakar tatabahasa. Ini menunjukkan

emosi yang hebat tetapi terkawal dalam bahasa yang

nampak seperti semula jadi. Puisi-puisi kemudiannya,

terutama puisi oleh penyair Yunani Catullus dan

Horace, meniru pola irama khusus Sappho, yang

dikenali sebagai Sapphic .

Sappho tinggal di Mitylene (kini Mitilini) di Pulau

Lesbos, menjadi ketua kepada sekumpulan wanita

muda yang menjadi pengikutnya. Dia berkahwin dan

mempunyai seorang anak perempuan bernama Cleis.

UMUM 
BULIMIA

Bulimia ialah gangguan apabila seseorang

individu mengalami tempoh makan berlebihan

yang kerap dan tidak terkawal yang dinamakan

makan mengikut nafsu.

UMUM 
DRAMA MASYARAKATDRAMA MASYARAKAT, corak penulisan dan pementasan drama yang mengisahkan tentang masalah masyarakat dan persoalan keluarga semasa. Drama seperti ini popular di Malaysia pada tahun 1960-an. Semasa pementasan, cerita tertumpu di ruang tamu rumah keluarga berkenaan. Dengan demikian, sifat penceritaannya dari awal hingga akhir berlegar dalam set bilik tamu dengan dialog dan aksinya terkawal kepada keadaan di bilik tamu tersebut.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SINDROM LESCH-NYHAN

Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit

keturunan yang jarang ditemui dan boleh

mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini

berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina

fosforibosil transferas, sejenis enzim yang

terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya

terdapat pada paras kandungan yang tinggi di

dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini

membantu mengawal pergerakan badan yang tidak

disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini

juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal

serta kecenderungan mencederakan diri sendiri.

UMUM 
12

Kembali ke atas