Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ka.ya] | ترکاي

Definisi : kaya sekali, paling kaya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ka.ya] | ترکاي

Definisi : kaya sekali; paling kaya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
terkayakaya sekali; paling kaya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terkayakaya sekali, paling kaya;Kamus Dewan Edisi Keempat
terkayakaya sekali; paling kaya; sangat kaya.Kamus Pelajar
pewarisorang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.Kamus Dewan Edisi Keempat
dunia1. bumi dan segala yg terdapat di per­mukaannya, alam (tempat kita duduki): lombong Kinta ialah kawasan lombong bijih timah yg terkaya di ~; itulah kekasihnya ~ dan akhirat; 2. perihal hidup, kehidupan: ~ hari ini penuh dgn penindasan dan kepura-puraan; 3. segala manusia yg hidup di bumi: seluruh ~ turut bersedih atas kematian Presiden John. F. Kennedy; 4. bidang, la­pangan, alam: dlm ~ perniagaan orang Melayu masih jauh ketinggalan; 5. bahagian dunia (negara dll), masyarakat: ~ sebelah sini masih lagi dlm keadaan huru-hara; ~ barat; ~ akhirat sepanjang masa, di dunia dan di akhirat; ~ kanak-kanak perihal hidup kanak-kanak; ~ luar masyarakat (negeri dll) luar; ~ ramai masyarakat ramai (umum); ~ sukan lapangan sukan; ~ diadang, kikir diperbuat, ~ diadang, saku dijahit prb bersuka-suka mahu, tetapi menge­luarkan wang enggan; memakai ~ berganti-ganti, yg hidup sesarkan mati, dgn mati itu bernanti-nanti prb baka yg turun-temurun tidak akan putus;Kamus Dewan Edisi Keempat
kaya1 banyak mempunyai harta (wang dll): Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2 mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan Maha ~. 3 banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin): Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya. kekayaan 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kaya1. banyak mempunyai harta (wang dll):Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2. mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha ~. 3. banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin dll):Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya; sangat kaya. kekayaan 1. perihal (keadaan) kaya:Berita ~ Melaka sampai ke negeri China. 2. kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan.Kamus Pelajar
waris IAr 1. orang atau pihak yg berhak menerima pusaka orang yg telah meninggal: apabila seseorang mati meninggalkan harta, maka harta itu mestilah diturunkan kpd ~nya; ahli ~ orang yg menjadi waris; 2. penjaga atau wali (kanak-kanak): apakah hukumnya jika penjaga atau ~ kanak-kanak yg berumur tujuh hingga sepuluh tahun mengabaikan ajaran sembahyang kpd kanakkanak tersebut? 3. = warisan harta pusaka, harta peninggalan: anak cucu akan menerima ~ ayah bondanya; ~ ahli waris yg sebenarnya (anak dll); ~ kuat (yg karib) waris yg hampir sekali (anak, cucu, dll); ~ negeri sl waris yg bakal menggantikan sultan; ~ sah orang yg berhak menjadi waris menurut hukum (adat, agama, dll); berwaris meninggalkan waris, ada warisnya: bagi orang mati yg tidak ~, urusan harta peninggalannya terserah kpd pemerintah; mewarisi 1. menerima harta pusaka drpd, mempusakai: dia telah ~ tanah getah ibunya; 2. menurut dan membawa perangai (rupa, sifat, dll) orang tua dll, mengikut jejak orang dll yg sebelumnya (dlm pekerjaan dll): Martinah ~ muka ibunya; Semaun ~ sifatsifat Pak Kasa; ayah seorang lelaki yg ~ zamannya; 3. ki menerima apa yg ditinggal­kan: pegawai-pegawai tinggi Melayu yg sudah memang biasa di kelab itu sejak zaman lampau, berasa diri mereka ~ sisasisa nikmat menjadi tuan yg ditinggalkan oleh pegawai kolonial; mewariskan 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; warisan 1. harta peninggalan, harta pusaka: Mimi pergi ke Bandung utk suatu urusan ~; 2. sesuatu yg diwarisi, sesuatu yg turun­temurun, peninggalan: kata jongos merupakan kata ~ kolonial; kewarisan mendapat warisan; perwarisan hal yg berkaitan dgn berwaris: undang-undang ~; hak ~; pewarisan perihal mewarisi (mewariskan): penyelidikan tentang asal-usul dan ~ segala gagasan bahasa merupakan bidang sejarah linguistik; pewaris orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.Kamus Dewan Edisi Keempat
kaya I1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas