Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jar] | ترکجر

Definisi : dapat mengikuti atau menghampiri (seseorang atau sesuatu yg lari dll), terhambat, tersusul; tidak ~ tidak terikut (tersusul); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jar] | ترکجر

Definisi : dpt dikejar; terikut: Dia berlari cepat benar sehingga tidak ~ olehnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejar (kata kerja)
Bersinonim dengan ligan, hambat, pintas, buru, kepung, pitas;,
Kata Terbitan : berkejar, mengejar, mengejarkan, terkejar, terkejar-kejar,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah dua ayat ini betul,jika tdk berikan yg betul. i) talib melempari anjing itu dengan sebatang kayu. ii) tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu. mohon beri jawapan ,,,,tuan. t.kasih. ..... Lee KoiJawapannya ialah; i) Talib melempar anjing itu dengan sebatang kayu.  ii) Tidak terkejar olehnya layang-layang yang terputus tali itu.Tatabahasa03.08.2009
1. Kini telefon bimbit berkamera mula mendapat perhatian pengguna. 2. Telefon bimbit berkamera berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual. 3. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas. 4. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar tidak terkejar oleh pengguna. 5. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik. 6. Telefon bimbit moden turut bertindak sebagai PDA iaitu umpama diari digital bergerak yang menjaga rutin anda setiap hari. Tuan, apakah kata hubung yang sesuai digunakan untuk menggabungkan ayat-ayat di atas supaya menjadi 3 ayat saja?1. Kini telefon bimbit berkamera yang berupaya mengambil gambar secara pegun atau visual mula mendapat perhatian pengguna. 
2. Perkembangan telekomunikasi tanpa wayar bergerak sangat pantas sehinggakan tidak terkejar oleh pengguna. 
3. Telefon bimbit dilengkapi dengan fungsi capaian internet, berkamera dan memuat turun muzik turut bertindak sebagai PDA, iaitu  diari digital bergerak yang menjaga rutin hidup anda setiap hari.
Tatabahasa14.05.2020

Kembali ke atas