Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Semalam, Ali terkejut dengar berita kematian ibunya.Dia masih berada dalam kejutan. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah “Ali terkejut mendengar berita kematian ibunya semalam. Dia masih berada dalam keadaan terkejut.”Tatabahasa07.05.2023
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad terkejut "sangat" apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul dan persis ialah David amat keberatan  untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian  yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010
Kata Penguat 1. (a) David "amat" keberatan untuk meminjam basikalnya kepada Ali. (b) David keberatan "amat" untuk meminjam basikalnya kepada Ali. 2. (a) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . (b) Ahmad "sangat" terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu . Apakah jawapan yang betul tentang soalan 1 dan 2 ? Terima kasih.Yang betul ialah David amat keberatan untuk meminjamkan basikalnya kepada Ali dan Ahmad sangat terkejut apabila mendengar berita tentang kejadian yang dahsyat itu.Tatabahasa27.07.2010
Dia berketuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar berketuk di dinding. Guru saya kata ayat ini betul. saya musykil kerana berketuk dalam kamus merujuk bunyi ayam sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan. terima kasih.Ayat yang betul ialah Dia mengetuk pintu sebelum masuk. Kami terkejut kerana terdengar ketukan di dinding.Tatabahasa30.07.2009
"Inspektor Gajah terkejut dengan/akan apa yang didengarinya." Yang manakah kata sendi yang betul untuk ayat di atas? Selain itu, adakah "apa" boleh digunakan dalam konteks ayat di atas? Bagaimana pula dengan "siapa" dalam ayat berikut: "Saya tidak tahu siapa mencuri dompet saya." Terima kasih.

Ayat yang betul "Inspektor Gajah terkejut dengan berita yang didengarinya." - apa adalah untuk ayat tanya

"Saya tidak tahu siapakah yang mencuri dompet saya."

Tatabahasa16.06.2011
Pilih satu ayat yang betul a) Berapakah pergolakan antara kedua-dua negara itu akan berakhir? b)Dia kelihatan tampan lebih-lebih lagi mempunyai hidung yang tinggi. c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Terima kasih.Ayat yang betul ialah c)Adik terkejut apabila sebiji buah durian jatuh bersebelahan dengannya. d)Ayah menasihati abang supaya menggunakan gergaji dengan berhati-hati. Tatabahasa30.09.2021
(Oh , Eh) tidak sangka Sandra mahu menyertai pertandingan silat itu! Maaf saya ingin bertanya tentang jawapan tersebut adakah eh jawapan yang tepat?Untuk makluman puan, eh ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dll) , manakala oh pula ialah kata seru  untuk menyatakan terkejut (hairan, ke­cewa, menjadi yakin, dll).

Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Puan boleh merujuk laman web http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.
Lain-lain21.05.2020
Beza perkataan "Oh" dan "Eh" Tolong jawab Terima kasih

“Eh” ialah kata seru untuk menyatakan kehairanan (terkejut, terperanjat, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Eh, dulu di sinilah dia tinggal!” 2. “Eh, Ali rupanya yang datang”. “Oh” pula ialah kata seru untuk menyatakan terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain): Contoh ayat, 1. “Oh, baru ini aku tahu!” 2. “Oh, Tuhanku, selamatkanlah mereka!”

Berdasarkan keterangan tersebut, kedua-duanya kata seru ini boleh digunakan kerana membawa maksud yang hampir sama.

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 255.

Tatabahasa22.03.2022
Apakah maksud gamam?Gamam bermaksud tidak dapat berbuat apa-apa kerana terkejut dan lain-lain.Makna24.06.2009
Salam, saya ingin bertanya tentang: 1/ Binaan ayat dengan perkataan tercampak. Ayatnya berbunyi: Kakak tercampak pen itu kerana terkejut. Adakah ayat ini betul? 2/ Makna perkataan tinggi dalam ayat ini bolehkah diterima jika pelajar menggunakan perkataan kuat. Ayat: Stamina yang tinggi dengan stamina yang kuat, adakah membawa maksud yang sama? Terima kasih

Engku Nor Azura,

Untuk makluman puan, ayat no. 1 adalah betul. Manakala ayat no. 2, yang berkaitan dengan keupayaan  atau daya tahan seseorang. Dalam konteks ayat puan, penggunaan kata yang betul dari segi tatabahasa ialah stamina yang kuat bukannya stamina yang tinggi. Hal ini demikian, kerana kata kuat menggambarkan kekuatan tenaga seseorang, manakala kata tinggi menggambarkan keadaan saiz seseorang sama ada tinggi atau rendah.

 

Tatabahasa21.05.2009
12345

Kembali ke atas