Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat ter­kejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ter.ke.jut] | ترکجوت

Definisi : 1 terjaga drpd tidur; terbangun; tersedar: Ia ~ drpd tidurnya. 2 tersentak (kerana melihat sesuatu yg mengerikan dsb); terperanjat: Dia ~ mendengar lolong Leong Ah Meng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Peribahasa

Kucing melompat,
     orang terkejut daripada tidurnya,
ayam berkokok hari pun siang.

Bermaksud :

Kesusahan atau kesukaan orang lain, yang berkesan sampai kepada kita.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shock coagulationpengentalan terkejutKejuruteraanTiadaTiada
shockkejutanTeknikElektrikRasa sakit, terkejut, tersentak akibat pengaliran arus elektrik ke dalam badan. Kadar kejutan ini bergantung pada voltan, arus, dan rintangan tubuh seseorang. Biasanya kadar arus 15 ampere sudah memadai untuk menyebabkan kejutan. Jika kadar ini ditambah ia boleh mengakibatkan lumpuh, kaku, luka, berhentinya perjalanan darah atau pernafasan dan seterusnya membawa maut. Voltan arus ulang-alik lebih berbahaya berbanding dengan voltan arus terus pada kadar voltan yang sama.
wow factorfaktor wauUmumTiadaCiri menarik atau mengagumkan yang membuatkan seseorang berasa teruja atau terkejut.
shockkejutan; hentakan; renjatanPentadbiran PerniagaanTiada2. Sesuatu yang memeranjatkan disebabkan ketakutan.,3. Kesan atau akibat yang menyebabkan orang terkejut.
Taxus poisoningkeracunan TaxusKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan kayu, kulit, daun, atau biji daripada tumbuhan Taxus atau yew. Gejalanya termasuk loya, muntah, cirit-birit, sakit abdomen, dispnea, anak mata terbeliak, keadaan lemah, konvulsi, terkejut, dan koma. Lihat juga yew.

Kembali ke atas